Menteri Beri Layanan Istimewa Siap Minta Khalid Dtg Pejabat. Sekali Bekas Pengarah MSN Kata Hati-Hati

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) disaran tidak hanya memberi layanan ‘istimewa’ kepada segelintir bekas pemain bola sepak atau atlet sahaja.

Sebaliknya, KBS diminta lebih proaktif dalam mengambil tahu kebajikan bekas pemain bola sepak dan atlet terutama mereka yang sudah bersara serta tidak lagi terbabit dalam arena sukan.

Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong mengh4rapkan layanan istimewa yang diberikan kepada bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus selepas kesukarannya menjadi tular dapat juga dinikm4ti kelompok yang turut berdepan masalah sama.

” Ramai lagi bekas pemain yang mengalami masalah sama seperti Khalid tetapi sayangnya, tidak mendapat perhatian sewajarnya. .

” Kita pun perlu beri perhatian khususnya kepada mereka yang tidak sempat merancang untuk masa depan kerana berdepan kecederaan yang tidak dijangka.

Hati-hati kerana lepas ini ramai pemain lain juga akan ‘muncul’

” Apapun, saya nasihatkan kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal) supaya lebih berhati-hati kerana selepas ini, saya pasti ramai bekas pemain bola sepak dan bekas atlet dari sukan yang lain akan beratur untuk meminta bantuan di pejabatnya,” katanya.

Justeru, Zolkples menyarankan alternatif yang lebih baik dapat diberikan untuk membantu Khalid selepas dia bergelut dengan situasi kewangan sehingga terpaksa melepaskan koleksi peribadinya termasuklah Anugerah Kasut Emas yang dimenangi 18 tahun lalu.

” Saya difahamkan mereka ada pertemuan esok (hari ini), jadi kita tunggu apa hasilnya. KBS mungkin boleh beri tawaran yang lebih baik daripada apa yang diterimanya kalau dia menjual koleksinya.

” Kita faham mungkin dia terpaksa mengambil jalan itu, jadi sekiranya dia mendapat tawaran lebih baik, tidak perlulah sampai dia terpaksa melelong semua koleksinya itu,” katanya.

Sebagai rekod, Khalid mendedahkan kasut emasnya mendapat bidaan setinggi RM40,000 namun dia masih memegang koleksi terbabit kerana mahu menunggu hasil pertemuan dengan Wan Ahmad Fayhsal untuk melihat sama ada mampu memberi sinar baharu dalam hidupnya ataupun tidak.

Dalam masa sama, Zolkples turut mengingatkan pemain bola sepak dan atlet supaya sentiasa memiliki perancangan untuk hari tua bagi mengelak mereka berdepan masalah selepas tidak lagi terbabit dalam arena sukan.

” Ketika sedang berada di puncak, mereka perlu sentiasa beringat dan mula merancang kerana apa sahaja boleh terjadi pada masa akan datang,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Menteri Beri Layanan Istimewa Siap Minta Khalid Dtg Pejabat. Sekali Bekas Pengarah MSN Kata Hati-Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*