Kuarantin wajib mulai Jumaat ini buat Rakyat Malaysia dan warga asing pulang dari luar negara

Kuarantin wajib mulai Jumaat ini buat Rakyat Malaysia dan warga asing pulang dari luar negara

BERMULA Jumaat ini, warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di Stesen Kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ujarnya, keputusan berkenaan dibuat susulan terdapat segelintir individu yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan kuarantin wajib di rumah setibanya dari luar negara.

“Sejak tiga hari lepas, kes baharu yang dilaporkan di seluruh dunia telah melebihi angka 200 ribu sehari.

“Ini juga menyumbang kepada peningkatan jumlah kes di Malaysia apabila rakyat kita pulang dari luar negara.

“Kerajaan mendapati masih terdapat individu yang melanggar SOP dan peraturan kuarantin wajib di rumah dan sikap degil mereka ini mengundang risiko penularan tempatan.

“Kerajaan memandang serius insiden-insiden ketidakpatuhan SOP home quarantine yang telah menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 kepada ahli keluarga dan juga masyar4kat sekeliling,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

Untuk rekod, pada masa ini, individu yang diuji negatif semasa tiba di lapangan terbang dibolehkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di rumah.

Tambah Ismail, mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di Stesen Kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam (ILA) atau hotel berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Agensi Pengurusan benc4na Negara (NADMA) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengenal pasti serta mewartakan ILA atau hotel yang bersesuaian sebagai Stesen Kuarantin,” ujarnya.

Susulan keputusan tersebut, Ismail berkata rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air tidak lagi diwajibkan menjalani ujian swab Covid-19 di negara asal dalam tempoh tiga hari sebelum tarikh penerbangan, namun warga asing tetap perlu menjalani ujian berkenaan.

Dalam pada itu, Ismail berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan kompaun RM1,000 ataupun hukvman penjara tidak melebihi 6 bulan kepada mana-mana individu yang didapati mengingkari SOP.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kuarantin wajib mulai Jumaat ini buat Rakyat Malaysia dan warga asing pulang dari luar negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*