Wanita Ini Antara Yang Bertuah Kerana Terpilih Ketika Arab Saudi Hadkan Hanya 1000 Jemaah Haji

Wanita Ini Antara Yang Bertuah Kerana Terpilih Ketika Arab Saudi Hadkan Hanya 1000 Jemaah Haji

Seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi, Fawziya Mohamed tidak menyangka terpilih bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas bilangan jemaah dihadkan berikutan penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan Alhijrah Online, wanita berusia 38 tahun itu sukar percaya dengan rezeki ‘tiket emas’ yang diterima selepas dihubungi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Ini adalah kali pertama saya akan menunaikan haji. Alhamdillah, saya sangat bersyukur kerana idak menyangka saya mendapat peluang sekali seumur hidup ini,” katanya menerusi laporan Hajj Media.

Selain itu, beliau menganggap peluang tersebut adalah sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 28 Julai ini.

Memetik laporan The Malaysian Insight pula, Fawziya menjadi antara lapan rakyat Malaysia terpilih yang terd1ri daripada pelajar serta pekerja di Arab Saudi.

Terdahulu, jumlah jemaah haji pada tahun ini dikurangkan hanya untuk 1,000 jemaah sahaja oleh kerajaan Arab Saudi yang akan bermula pada 29 Julai ini berbanding jutaan jemaah sebelum ini.

Sumber : Alhijrah Online , Hajj Media , The Malaysian Insight, Berita Alhijrah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Wanita Ini Antara Yang Bertuah Kerana Terpilih Ketika Arab Saudi Hadkan Hanya 1000 Jemaah Haji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*