Bayi 10 bulan menghadap Ilahi, Dipercayai sesak nafas di rumah pengasuh

Bayi 10 bulan menghadap Ilahi, Dipercayai sesak nafas di rumah pengasuh

Dipercayai sesak nafas di rumah pengasuhnya di Gelang Patah, Iskandar Puteri, seorang bayi lelaki disahkan men1ngg4l dunia petang semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, bayi tersebut Muhammad Nufail Mohd Nasir yang berusia 1o bulan tiba-tiba didapati mengalami sesak nafas oleh pengasuhnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkha1ri Mukhtar, bayi yang dipanggil Noah itu dihantar ke rumah pengasuh bersama abangnya yang berusia dua tahun oleh bapa mereka sebelum ke tempat kerja.

Namun ketika kejadian, Noah didakwa tiba-tiba mengalami sesak nafas sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Gelang Patah oleh pengasuh dan suaminya.

“Namun setibanya mereka di wad kecemasan di klinik itu, bayi malang itu disahkan sudah men1ngg4l dunia oleh doktor yang merawatnya,” katanya.

Tambah Dzulkha1ri, pengasuh berusia 31 tahun itu turut menjaga seramai enam kanak-kanak dan tiga bayi di rumahnya dimana masing-masing berusia antara dua bulan ke lapan tahun.

Pengasuh tersebut berkata, bayi malang itu tidak ceria seperti biasa dan kurang minum susu serta makanan pada hari kejadian.

“Semasa dalam jagaan pengasuh berkenaan, bayi berkenaan juga didapati tidak ada mengalami kecederaan dan tidak pernah jatuh atau pun menunjukkan keadaan yang mencurigakan pada tubuh badannya,” ujarnya.

Hasil pemeriksaan juga mendapati anggota badan mangsa tidak menunjukkan sebarang kecederaan. Jenazah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat pagi tadi.

Menerusi laman Facebook, beberapa kenalan ibu bapa mangsa mengambil kesempatan bagi mengucapkan takziah atas kehilangan bayi tersebut.

Sumber : Harian Metro (Mohamed Farid Noh) , Facebook

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bayi 10 bulan menghadap Ilahi, Dipercayai sesak nafas di rumah pengasuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*