Keputusan Kerajaan Berkenaan Status Berkunjung ketika Aidiladha

Keputusan Kerajaan Berkenaan Status Berkunjung ketika Aidiladha

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung langkah mengehadkan kehadiran tetamu dan aktiviti ziarah untuk sambvtan Aidiladha hujung bulan ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, pada masa ini keputusan membenarkan aktiviti kunjung mengunjung untuk Aidiladha juga kekal.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh berubah jika berlaku peningkatan kes COVID-19 dalam tempoh beberapa hari ini.

“Semuanya bergantung kepada angka kes jangkitan baharu dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

“Keadaan boleh berubah mengikut keadaan dan situasi semasa, sebelum ini kita tidak sekat kehadiran tetamu pada hari biasa, jadi untuk Raya Haji mengapa kita perlu sekat?

“Prosedur operasi standard (SOP) Raya Haji ini, kita akan tentukan kemudian, jika ada peningkatan kes kita mungkin ia akan diubah,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Pelitup Muka Wajib Dipakai Dalam Pengangkutan Awam & Tempat Awam Yang Bersesak Mulai 1 Ogos

Mulai 1 Ogos 2020, rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka di beberapa tempat yang disarankan oleh kerajaan untuk mengurangkan jangkitan wabak Covid-19 ini.

Hal ini telah dijelaskan oleh Menteri Keselamatan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan bahawa kerajaan mewajibkan untuk pemakaian pelitup muka di tempat awam seperti semasa menaiki kenderaan awam dan berada di tempat sesak iaitu di pasar dan pusat membeli belah.

Susulan dengan itu, perkara ini perlu dititikberatkan untuk semua orang dan sangat penting untuk memutuskan rantaian jangktian Covid-19 ini. Seperti yang kita tahu, angka kes positif semakin meningkat dari satu angka kepada dua angka sejak kebelakangan ini.

Jadi, secara tegas Datuk Ismail Sabri menasihatkan kepada orang ramai agar memakai pelitup muka dan menjaga jar4k sebagai langkah terbaik untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.

50 peratus rakyat pulang dari luar negara tak patuh SOP

KERAJAAN memandang serius insiden tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah selepas mendapati 50 peratus daripadanya tidak mematuhinya.

Berikutan itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seperti yang diumumkannya sebelum ini, kuarantin wajib tidak lagi dibuat di rumah dan semua yang pulang ke tanah air akan dikuarantinkan di stesen kuarantin dikenal pasti kerajaan sama ada di hotel atau institut latihan awam (ILA) bermula esok.

Menurutnya, ia akan dikuatkuasakan kepada rakyat negara ini sama ada yang tiba ke tanah air melalui udara, laut atau darat.

Katanya, ia membabitkan mereka yang tiba melalui penerbangan di mana-mana lapangan terbang antarabangsa bukan hanya di Kuala Lumpur tetapi di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

“Begitu juga melalui jalan darat seperti melepasi Tambak Johor yang tiba dari Singapura ke Johor Bahru, sesiapa yang tiba dari mana-mana sekalipun akan dikuarantin wajib di stesen kuarantin yang ditetapkan,” katanya ketika sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya hari ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Keputusan Kerajaan Berkenaan Status Berkunjung ketika Aidiladha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*