Doa Untuk Dipermudah Bagi yang Belum Jumpa Jodoh dan Belum ada Zuriat

Amalkan Doa Ini Bagi Yang Belum Jumpa Jodoh & Belum Ada Zuriat

Perkahwinan dan zuriat merupakan urusan Allah SWT yang tidak sepatutnya dipersoalkan. Sebagai hamba Allah kita hanya mampu membuat perancangan namun yang menentukan hanya Allah SWT. Meskipun jodoh dan zuriat itu ditentukan oleh Allah itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha. Selain usaha, doa juga penting agar usaha itu berjalan se1ring. Berikut perkongsian daripada Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria

Baca Surah Al Anbiyak ayat 89

Untuk sahabat/adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati. Amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin. Saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.

Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah. Dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.

Doa mohon jodoh dan keturunan yang baik; Al Anbiya' 89 & Ali Imran ...

Untuk yang kehilangan orang tersayang, bacalah doa musibah di bawah ini. Doa ini doa yang Nabi ajar khusus. Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.

Sumber Kredit: Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Doa Untuk Dipermudah Bagi yang Belum Jumpa Jodoh dan Belum ada Zuriat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*