Selepas Sebulan Pelvk Islam, Peninju MMA Austri Pilih Mualaf Sebagai Isteri

Hikmah perlu berehat di rumah akibat wbak C0vld-19, petinju profesional seni bela d1ri campuran (MMA) iaitu Wilhelm Ott mengumumkan telah memelvk Islam pada April lalu sebelum tular di media sosial.

Terbaru, petarung berusia 38 tahun itu memilih seorang wanita Michele Birringer yang juga bergelar saudara baru untuk menjalani kehidupan bersama sebagai suami isteri pada Ramadan lalu.

Menerusi laman Instagram, Ott atau nama Islamnya Khalid memuat naik dua posting berkongsi gambar majlis resepsi pernikahan yang berlangsung di sebuah organisasi Persekutuan Islam di Traiskirchen, Austria semalam.

Bukan itu sahaja, pasangan tersebut juga meluahkan rasa syukur setelah menerima pakej menunaikan ibadah umrah daripada organisasi itu sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Posting berkenaan dihujani ucapan tahniah warganet dari serata negara dan mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga selain kekal istiqamah di jalanNya.

Sumber : Khalid (Wilhelm) Ott, Viral Kami Press, Hiburan Netizen

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Selepas Sebulan Pelvk Islam, Peninju MMA Austri Pilih Mualaf Sebagai Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*