Dah Tak Perlu Gusar! Bakal Pengantin Kini Dibenarkan Rentas Negeri Untuk Berkahwin

Wabak C0VlD-19, PKP dan PKPB antara halangan yang perlu ditempuhi oleh seluruh rakyat sejak awal tahun lalu. Pelaksanaan pelbagai perintih juga menyebabkan rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri bagi memastikan rantaian C0VlD-19 ini terus terputus dan menjangkiti kawasan-kawasan ini.

Disebabkan itu, terdapat segelintir pasangan yang berjauhan terpaksa melaksanakan nikah atas talian untuk tetap meneruskan niat suci mereka yang sudah semestinya telah dirancang lebih awal. Walaupun norma ini dilihat agak pelik, tetapi pihak Jabatan Agama Islam membenarkannya dilaksanakan.

Terkini, bukan sahaja golongan bekerja, pasangan suami isteri berjauhan dibenarkan untuk merentas negeri malah bakal pengantin yang mahu disatukan dan perlu merentas negeri boleh berbuat demikian.

Namun, perkara ini terlebih dahulu perlu memohon dan meminta kebenaran daripada pihak polis. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini bersetuju memberi kebenaran itu untuk memudahkan urusan akad nikah pasangan.

“Rupanya ramai yang nak bernikah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk ketika PKP Bersyarat (PKPB) ini dan antaranya perlu merentas negeri kerana pasangan di negeri lain.” Katanya menerusi Harian Metro.

 

Malah, kebenaran turut diberikan kepada jurufoto perkahwinan yang mahu mengambil gambar pengantin sama ada ketika majlis berlangsung mahupun gambar pra-perkahwinan.

Bakal pengantin juga diberikan amaran untuk menjaga SOP, memakai pelitup muka sepanjang majlis perkahwinan berlangsung termasuk hanya dihad1ri tidak melebihi daripada 20 orang sahaja.

Sumber: Harian Metro.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dah Tak Perlu Gusar! Bakal Pengantin Kini Dibenarkan Rentas Negeri Untuk Berkahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*