Wajah terkini kanak2 comel pada Botol Kordial tular, kini berusia 22 tahun!

Sebelum ini, ramai menyangka wajah kanak-kanak pada botol minum kordial bahawa ianya adalah Liyana Jasmay namun ternyata bukan kerana, wajah kanak-kanak comel yang menghiasi botol berkenaan merupakan milik Madihah Mohd Firdaus.

Ketika kecil saling tak tumpah persis selebriti berkenaan sehingga membuatkan ramai bertanggapan begitu. Walau bagaimanapun, wajah terkini kanak-kanak comel itu mencuri tumpuan ramai apabila dikongsikan.

Menurut sumber, Madihah Mohd Firdaus atau turut mesra disapa Dihah itu kini menjangkau usia 22 tahun dan ketika wajahnya menghiasi botol kordial itu, usianya lima tahun. Selain itu, pemilik wajah kanak-kanak itu juga sudah berubah menjadi seorang hijabi yang jelita.

Ujar ibunya yang dikenali sebagai Fatimah Abdullah, dia mula membawa anaknya itu hadir ke sesi uji bakat ketika berusia tiga tahun lagi. Ibu Madihah juga akui bahawa dia tidak sangka rezeki untuk menjadi penghias jenama berkenaan berpihak kepada anaknya itu.

Gadis ini juga dilaporkan baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik. Dia dikatakan bakal menyambung di peringkat ijazah pula dalam bidang yang sama.

Madihah turut gemar bermekap dan sangat suka belajar mekap menerusi laman Youtube dimana platform berkenaan kini menjadi pilihan para gadis untuk mengetahui cara mekap dengan betul.

Gadis cantik ini juga gemar gaya fesyen yang ringkas dan bersesuaian dengan usianya itu, dia suka bergaya terutama bagi rakaman OOTD melalui laman Instagram miliknya dimana dia kini mempunyai lebih 40 ribu followers.

Jom ikuti kisah gadis jelita ini yang pada tahun lalu juga fotonya mencuri tumpuan ramai

Duta F&N Dedah Dibuli, Tidak Tergugat Dengan Kata Cacian

“Happy birthday… baru 17 dah cantik macam ni taktau la umur 25…”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Wajah terkini kanak2 comel pada Botol Kordial tular, kini berusia 22 tahun!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*