Suasana Sayu, Jenz4h Tiga Beradik Dikebvmi Satu Liang. Anggota Polis Turut Hadir

Suasana sayu menyelubungi apabila tiga beradik dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkub0ran Islam Kampung Alor Limbat, Rawai, Bukit Payung, Marang, hari ini.

Jnazah Umar Iskandar, 21, Kha1ril Firdaus, 17, dan Khalif Naim Mohd, 16, disemadikan berhampiran pusara ibu mereka, Zakiah Bilal Idris pada 6.25 petang.

Majlis berkenaan dihad1ri hampir 50 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan mereka.

Terdahulu, jnazah mereka tiba di tanah perkub0ran pada 5.30 petang menggunakan kenderaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Anggota polis turut berada di tanah perkub0ran bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam kejadian 6.30 petang semalam, mangsa dikatakan ke Sungai Terengganu kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Kampung Kuala Telemong, Kuala Berang tanpa disedari bapa arwah Mohd Ismail, 64, yang ketika itu berada di masjid.

Kejadian dikatakan berlaku apabila Khalif Naim dikatakan lemas sebelum disusuli Kha1ril Firdaus dan Umar Iskandar ketika berusaha menyelamatkan adik mereka.

Kesemua may4t mereka ditemui antara 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari, hari ini pada jar4k 50 meter antara satu sama lain.

Luahan bapa mngsa buat ramai sebak

Terdahulu, bapa kepada tiga beradik itu meluahkan rasa sebak  apabila melihat tiga keranda di ruang tamu rumah dan tidak berupaya untuk membawa send1ri jnazah anak ke tanah perkvburan.

” Sejak bekerja membawa kenderaan jnazah, saya sudah menghantar hampir 40 jnazah ke tanah perkvburan tetapi kali ini saya tidak ada daya untuk berbuat demikian… semangat saya menjadi lemah,”

Demikian luahan Mohd Ismail, 64, bapa kepada tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam.

Mohd bagaimanapun tetap reda dengan pemergian mengejut ketiga-tiga anak dan bersyukur kerana usaha pasukan keselamatan mencari m4yat ketiga-tiga mereka selesai dalam masa yang singkat.

” Saya reda kerana orang kata m4ti lemas jadi syahid dan hadiah untuk mak ayah. Sebalik yang bvruk ada baiknya,” katanya.

M4yat Umar Iskandar, 21, Kha1ril Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari.

Mohd yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Berang berkata, tiga anak terbabit menjadi h4rapan keluarga dan anak yang baik serta bertanggungjawab.

Katanya lagi, Allahyarham Umar yang menuntut di Universiti Malaya (UM) bercita-cita menjadi pakar matem4tik, Allahyarham Khalif Naim pula belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang mahu menjadi kadi, bagaimanapun Allahyarham Kha1ril Firdaus tidak berkongsi cita-citanya.

” Saya nampak kesungguhan mereka belajar dan saya selalu mengingatkan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh kerana kita orang susah,” katanya yang menjadi pemandu kereta jnazah dan pengurusan masjid sejak menamatkan perkhidmatan dengan TNB kira-kira empat tahun lalu.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi bantuan kewangan dan semangat serta pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus sepanjang operasi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Suasana Sayu, Jenz4h Tiga Beradik Dikebvmi Satu Liang. Anggota Polis Turut Hadir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*