Tengah Azan Tiba2 Dipelvk Adik, Pemuda Bersuara Merdu Dipuji Penyayang

Menjadi satu-satunya anak lelaki dalam keluarga membuatkan seorang pemuda, Naseem Syarafi Mohamed Fadzli sangat akrab dengan kakak dan adik perempuannya.

Luahan itu dikongsi di laman Facebook selepas rakaman video yang kelihatan d1rinya sedang mengalunkan azan tular di media sosial baru-baru ini.

https://www.facebook.com/naseem.nas.50746/videos/247959866454175/

Rakaman berdurasi 24 saat itu memaparkan dia yang khusyuk mengalunkan azan tiba-tiba didatangi si adik sebelum dipeluk namun kanak-kanak itu baru mengetahui sedang dirakam selepas abangnya menunjuk ke arah kamera.

Menurut pemuda yang pernah menuntut di Darul Quran JAKIM itu, dia telah ‘ditugaskan’ menjadi bilal dan imam solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan untuk ahli keluarganya.

Malah turut berterima kasih kepada warganet yang sudi berkongsi video berkenaan sehingga tular selain mendoakan agar kita semua memperoleh zuriat soleh dan solehah.

Video tersebut menerima reaksi positif netizen yang memuji kemerduan suara Naseem dan kecomelan adik-beradik itu yang ‘sweet’ serta penuh kasih sayang.

Sumber : Naseem Nas

 

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tengah Azan Tiba2 Dipelvk Adik, Pemuda Bersuara Merdu Dipuji Penyayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*