Tak sempat timang anak sulung, suami & isteri sar4t h4m1l m4vt kem4langan dirempvh Myvi

Di Alor Gajah, sepasang suami isteri yang menaiki motorsikal telah m4ut dalam kem4l4ngan jalan raya di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang, kira-kira pukul 7.40 pagi tadi.

Menerusi laporan Berita Harian, mangsa Nur Ain Kamarulzaman, 25, yang membonceng motosikal ditunggang suami, Mohd Hairawi Mat Rezam, 36, terbvnvh apabila motosikal mereka dilanggar kereta Perodua MyVi.

Lebih menyedihkan, Nur Ain dimaklumkan sedang hamil tujuh bulan, sebenarnya dalam perjalanan dari Taman Rakyat Kuala Ina, Tampin ke Hospital Melaka untuk menghad1ri janji temu dengan pakar perubatan di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata, kenderaan pemandu Myvi, dimiliki seorang lelaki berusia 34 tahun, dipercayai hilang kawalan.

Disebabkan itu, kenderaannya berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri tersebut.

Akibatnya, suami isteri tersebut tercampak beberapa meter dari motosikal dan Mohd Hairawi men1ngg4l dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Nur Ain yang ketika itu masih hidup segera dikejarkan ke Hospital Tampin. Namun, dia dan kandungannya disahkan men1ngg4l ketika dirawat di hospital kira-kira jam 12 tengah hari.

Difahamkan, bayi yang dikandung Nur Ain merupakan zuriat mereka yang pertama. Malah di Facebook Nur Ain, arwah sempat menukar cover photo menggunakan gambar pada hari pernikahan mereka.

Siasatan mendapati cuaca ketika kejadian dalam keadaan baik dan punca kejadian dipercayai akibat kegagalan mengawal kenderaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Nur Ain & Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tak sempat timang anak sulung, suami & isteri sar4t h4m1l m4vt kem4langan dirempvh Myvi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*