Makkah Dibvka Semula 31 Mei Ini, Umat Islam Dibenarkan Berjemaah di Masjid Al-Haram

MAKKAH: Arab Saudi mengumumkan dua fasa pelan penyesuaian membabitkan kota suci Makkah hari ini bagi mel0nggarkan sekatan berikutan penularan C0VID-19 dan membolehkan penduduknya kembali kepada kehidupan biasa.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, fasa pertama akan bermula 31 Mei ini dan prosedur keluar masuk ke Makkah dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 3 petang.

Selain itu, solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil h4ram akan diteruskan dengan mengikut langkah keselamatan sedia ada.

Sementara itu, fasa kedua akan bermula pada 21 Jun, iaitu penduduk di Makkah akan dibenarkan berada di tempat awam sekitar 6 pagi hingga 8 malam.

Kenyataan itu turut memaklumkan perniagaan seperti kafe dan kedai gunting rambut masih diarahkan tutup, manakala majlis perkahwinan serta pengebumian hanya boleh dihad1ri maksimum 50 orang.

Terdahulu, Makkah dilaporkan ditutup ekoran wabak C0vid-19

Pada 20 Mac 2020, Astro Awani melap0rkan bawawa pihak berkuasa Arab Saudi meIarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan dataran masjidil h4ram di Makkah dan Madinah dalam usaha membendung penyebaran novel kor0navirus  (C0VID-19), lapor agensi berita Anadolu.

“Ketua dan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan memutuskan untuk tidak membenarkan jemaah berada di dataran di luar Masjidil h4ram dan Masjid Nabawi, bermula Jumaat,” agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA memetik kenyataan Hani bin h4ider, jurucakap Ketua Pengarah Alh4ramain di Madinah.

Sebelum ini, Arab Saudi menggantung semua solat jemaah di masjid-masjid lain di negara itu kecuali di Masjidil h4ram dan Masjid Nabawi.

Sumber :BH Online & Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Makkah Dibvka Semula 31 Mei Ini, Umat Islam Dibenarkan Berjemaah di Masjid Al-Haram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*