“Kami terpilih untuk dvgaan ini” – Lima ny4wa keluarga hilang akibat C0vld-19, Aidilfitri disambut ala kadar dengan seribu makna

“RAYA 2020 membawa seribu makna, pengalaman, pengertian, kesedihan… yang mengubah kehidupan keluarga besar kami, takkan dilupakan sepanjang hayat kami.”

Demikian kata Sharifah Huzaimah Wan Abdul Rahman Al-Edruce, yang mana lima ahli keluarga besarnya menjadi korban akibat wabak C0vld-19.

Kisah sedih keluarga yang berasal dari Kuching, Sarawak ini pernah dilaporkan di mStar, selain turut menjadi tajuk utama laman media tempatan kira-kira dua bulan lalu.

Lima ahli keluarga Sharifah Huzaimah yang men1ngg4l dunia adalah nenek saudaranya yang dipanggil Nek Usu Kayah, dua anak wanita tersebut, dan dua lagi saudara maranya.

Malah kedua ibu dan bapanya turut disahkan positif wabak tersebut, semuanya berpunca daripada seorang wanita iaitu rakan sekerja kepada sepupunya, yang pulang dari Itali pada Mac lalu.

Menurut Sharifah Huzaimah, tragedi sedih tersebut benar-benar men1ngg4lkan kesan yang mendalam buat seluruh ahli keluarga besarnya, lebih-lebih lagi ketika Aidilfitri.

Sharifah Huzaimah (kanan) bersama kedua ibu bapa dan seorang ahli keluarga ketika sambvtan Aidilfitri tahun lalu.

“Selama saya hidup, dari kecil sehingga dewasa, dari sebelum kahwin sehingga sudah beranak tiga, setiap kali Aidilfitri, rumah pertama yang akan kami pergi ialah rumah mak kepada abah iaitu Nek Ah.

“Walaupun Nek Ah sudah kembali ke Rahmatullah tiga tahun lepas, keluarga abah akan mengadakan majlis tahlil di pagi raya. Rumah kedua, kami akan menziarahi rumah Nek Usu Kayah iaitu adik Nek Ah.

“Namun adik abah, iaitu Sharifah Roziah yang tinggal di rumah Nek Ah, baru sahaja keluar dari pusat kuarantin pada 21 Mei selepas 60 hari dirawat kerana positif C0vld-19 bersama-sama dengan anak-anak beliau.

“Manakala Nek Usu Kayah sudah tiada, diikuti Pyzah dan Madi (dua anak Nek Usu Kayah). Tidak mungkin raya kali ini akan sama seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya kepada mStar.

Tambah wanita berusia 38 tahun ini, tradisi tetap seperti bersalam-salaman serta kunjung mengunjung terpaksa dilupakan kerana tidak mahu peristiwa pahit dua bulan lalu berulang kembali.

“Kami sememangnya mengamalkan bersalaman semasa berjumpa dan sebelum pulang dengan setiap ahli keluarga. civm peluk laga pipi adalah perkara biasa.

“Namun semenjak keluarga kena C0vld-19, jangankan nak peluk, nak salam mak abah pun mereka tak izinkan. Sangat sedih tak dapat nak salam dengan orang tua.

“Tapi ini adalah peluang kedua Allah bagi untuk bersama dengan keluarga, kami akan cherish the moment together setakat apa yang boleh,” ujarnya sambil menambah, dia dan adik beradiknya turut melarang ibu bapa mereka menerima tetamu pada tahun ini supaya kekal sihat.

Menurut Sharifah Huzaimah, ibu dan bapanya yang masing-masing pulih sepenuhnya daripada C0vld-19 ketika awal Ramadan lalu, kini dalam keadaan yang sihat walaupun berat badan sedikit susut.

Kedua-dua ibu dan bapa Sharifah Huzaimah merupakan bekas pes4kit C0vld-19.

“Alhamdulillah, mak dan abah semakin sihat walaupun nampak lebih kurus dari dulu. Mak dan abah bersara sepenuhnya dari bisnes mereka ekoran C0vld-19 ini.

“Barang mentah dibeli melalui online, dan mak serta abah masih mengamalkan penjar4kkan satu meter, pakai topeng dan duduk di rumah saja,” ujarnya yang tinggal berasingan dengan kedua orang tuanya itu.

Sungguhpun tidak dapat menyambut lebaran dengan meriah seperti tahun-tahun sebelumnya, ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini, keluarga besar mereka sentiasa berhubung dan bertanyakan perkembangan d1ri masing-masing.

Ujarnya lagi, apa yang berlaku bahkan menguatkan lagi ikatan kekeluargaan mereka.

“Kisah kehilangan nenek kesayangan dan bagaimana kami handle masalah pada awalnya, sangat memberi impak dan kesan dalam d1ri kami.

“Dan kami tahu, kami insan dan keluarga yang terpilih untuk dugaan ini. Memori sewaktu mak, abah, ahli keluarga lain semasa di hospital dan pusat kuarantin akan disimpan ketat di ruang ingatan.

Bapa Sharifah Huzaimah pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi ketika menerima rawatan bagi wabak C0vld-19.

“Begitu juga perihal dugaan-dugaan harian yang terpaksa kami tempuhi telah menjadikan kami lebih rapat daripada biasa.

Walaupun beraya dengan ala kadar, Raya 2020 ini membawa seribu makna,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Sharifah Huzaimah berkata mereka sekeluarga tetap mengenang tragedi yang berlaku sebagai hikamh yang membawa kemanisan dari satu sisi yang lain.

“Dalam menyambut hari kemenangan ini, kita diuji dengan musibah wabak peny4kit C0vld-19 yang juga merupakan makhluk Allah SWT.

Kemanisan musibah di ambil iktibar dan ujian ini telah membuatkan kami lebih tabah serta sedar bahawa kami hanyalah selemah-lemah manusia dan segalanya ditentukan oleh Allah SWT.

“Hikmah dugaan pada kali ini membolehkan kita bermuhasabah d1ri serta mendekatkan d1ri kepada-Nya, menyambut kemenangan hanya semata-mata kerana Nya, dan saling bermaafan sesama keluarga seikhlasnya,”ujarnya mengakh1ri bicara.

Sumber : mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kami terpilih untuk dvgaan ini” – Lima ny4wa keluarga hilang akibat C0vld-19, Aidilfitri disambut ala kadar dengan seribu makna"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*