Insan terpilih pada Ramadan! Pemuda dari Sabah ini pelvk Islam depan Menteri Agama, Dr Zul-Al Bakri

Apabila hidayah Allah sudah menjentik hatinya, seorang pemuda nekad mengambil keputusan bagi memelvk Islam di bulan Ramadan yang semakin menghamp1ri penghujung ini.

Jackie Jamior Jepol atau nama Islamnya Afiq Iman, melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Putrajaya semalam.

Perkara itu dikongsi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di laman Facebook rasmi yang memuat naik dua keping gambar proses pengislaman tersebut.

Beruntungnya seorang insan bernama Jackie Jamior Jepol atau nama Islamnya Afiq Iman.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini menjadi saksi seorang lagi insan terpilih melafazkan dua kalimah syahadah.

Berumur 27 tahun dan berasal dari Penampang, Sabah, beliau melafazkan syahadah di hadapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pejabat beliau di Putrajaya sebentar tadi.

Turut sama hadir, wakil dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan JAWI. Bapa saudara Afiq Iman berjumpa dengan SUSK YB Menteri Dr. Khairuddin, Ust Radhi dan berpeluang berjumpa Dr. Zulkifli dan mengucap dua kalimah syahadah.

Dr. Zulkifli turut berpesan kepada Afiq Iman dan menerangkan kepadanya tentang Islam dan keindahannya serta dijelaskan bahawa Islam tidak sama sekali mengh1na agama lain.

Pemuda berasal dari Penampang, Sabah yang berusia 27 tahun itu turut diterangkan mengenai keindahan Islam oleh Dr Zulkifli dan menjelaskan bahawa Islam tidak sama sekali mengh1na agama lain.

Posting berkenaan meraih 11,000 tanda suka dan mencecah 1,300 komen netizen yang rata-rata mengucapkan syukur dan mendoakan agar Afiq kekal istiqamah di jalanNya dalam menjalani kehidupan yang baru.

 

Sumber : Facebook, OMM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Insan terpilih pada Ramadan! Pemuda dari Sabah ini pelvk Islam depan Menteri Agama, Dr Zul-Al Bakri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*