“Handsome macam mana pun, nanti katanya baju papa macam air H0rlick.”

Pada sidang media pekembangan keselamatan yang berlangsung jam 2 petang, pastinya ramai yang ternanti-nanti warna pakaian apa yang akan digayakan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jika sebelum ini pakaiannya yang berwarna-warni telah disamakan dengan kuih-muih tempatan, kali ini menantu beliau yang juga pereka fesyen terkemuka negara, Datuk Jovian Mandagie telah berkongsi kisah lucu berkenaan busana yang dipakai hari ini.

Menurut Jovian, pada sidang media tengah hari tadi, Datuk Seri telah memilih memakai baju Melayu lengkap bersampin berwarna krim.

Dia telah menegur bapa mertuanya yang kelihatan sungguh segak hari ini namun dibalas dengan kenyataan bersahaja dengan menyamakan warna bajunya seperti air horlick.

Datuk Seri telah menggayakan rekaan baju Melayu dari butik Jovian send1ri ketika menghad1ri sidang media siang tadi.

Jawapan berbentuk gurauan tersebut membuatkan menantunya hilang kata-kata dan pasrah mendengar ungkap lucu itu.

 

Sehubungan dengan itu, menerusi posting yang dibuat Jovian, rata-rata warganet berasa terhibur dengan ‘ayat pasrah’ Datuk Seri Ismail Sabri berkaitan baju yang digunakannya.

Mereka juga turut berselor0h menerusi komen disamping memuji baju Melayu yang digunakan Menteri Keselamatan itu bersesuaian dengannya.

Sumber : Jmandagie

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Handsome macam mana pun, nanti katanya baju papa macam air H0rlick.”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*