Rupanya Pavithra Dapat ‘5A’ UPSR Tapi Terpaksa Berhenti Sekolah Sebab Keluarga Susah

Boleh dikatakan kini, Sugu Pavithra antara Youtuber kesayangan rakyat Malaysia, dengan hanya memaparkan video masakan sambil memaparkan keharmonian sebuah keluarga walaupun hidup dalam keadaan sederhana.

Namun, siapa sangka disebalik limpahan perhatian yang dikecapi Youtuber tersebut, sebenarnya tersembunyi kisah sedih yang pasti bakal membuatkan ramai tersentuh.

Pernah bergelar pelajar cemerlang

Menerusi laporan Gempak, kalau nak tahu sebenarnya suri rumah, S. Pavithra, sebenarnya dahulu pernah bergelar seorang pelajar cemerlang.

Berkongsi kepada media, Pavithra memberitahu bahawa dia pernah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dengan mendapat sebanyak ‘5A’.

“Saya dulu sekolah rendah UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dapat 5A. Bahasa Melayu memang subjek kegemaran saya. Cuma, apabila ke Sekolah Menengah saya hanya dapat belajar separuh jalan sahaja. Tingkatan 4 pun tak habis belajar…”

Berhenti sekolah tolong ayah cari duit

Namun, disebabkan kesempitan hidup kerana datang daripada keluarga yang susah. Anak kedua daripada lima beradik itu terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran, dan mengambil keputusan berhenti sekolah untuk membantu keluarga.

“Saya dari kecil memang susah. Hari-hari pergi sekolah, naik bas tambang, tapi selalu tak dapat pergi sekolah sebab susah. Jadi, saya tak dapat belajar dengan baik,” katanya ketika dihubungi Gempak…”

Keluarga bukan orang senang

Mengimbau kembali zaman remajanya, jika rakan-rakan seusianya sedang belajar di sekolah. Pavithra sudah mula mencari rezeki, bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang.

“Ayah kemudian suruh saya kerja, sebab kami susah. Jadi, bantu dia cari wang. Lagipun, ketika itu saya paling tua kerana kakak sulung dijaga oleh nenek…”

Ramai kawan2 Melayu

Semasa bekerja di kilang, dia banyak bergaul dengan rakan-rakan Melayu, daripada situlah bahasa Melayu menjadi semakin fasih dan bertambah baik.

‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.’ Kini siapa sangka, Pavithra dan suaminya sudah mula menjana pendapatan menerusi saluran Youtube yang diusahakan mereka bersama.

Dih4rapkan, Sugu Pavithra terus dimurahkan rezeki dan membuktikan kepada masyar4kat luar bahawa dalam hidup ini, kita sentiasa mempunyai peluang untuk berjaya dalam pelbagai cara.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Rupanya Pavithra Dapat ‘5A’ UPSR Tapi Terpaksa Berhenti Sekolah Sebab Keluarga Susah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*