PM cecah usia 73 tahun esok, rakyat mula banjiri ucapan ‘birthday’

Sedar tak sedar, sudah hampir tiga bulan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu.

Kehadiran figura yang disenangi ramai itu dikatakan tepat pada masanya ketika negara sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama wabak C0vld-19.

Terbaru, segelintir rakyat telah mula memberikan dedikasi istimewa buat pemimpin yang berasal dari Muar, Johor itu sempena ulangtahun kelahiran ke-73 yang jatuh pada keesokan hari iaitu 15 Mei 2020.

Menerusi beberapa group peminat dan pengikutnya di laman Facebook, rata-rata mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir dan berh4rap beliau akan terus memimpin Malaysia dengan cemerlang.

“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt agar terus memimpin negara Malaysia dengan penuh cemerlang & terbilang!,” tvlis Huzry Fionnawatty Hussien.

Beberapa individu lain turut mendoakan supaya Muhyiddin terus panjang umur, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan mentadbir negara.

Sumber : Facebook , Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Fans

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "PM cecah usia 73 tahun esok, rakyat mula banjiri ucapan ‘birthday’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*