12 Beradik Terp4ksa Rai Aidilfitri Tanpa Ibu, Men1ngg4l Dunia Akibat K4ns3r

Cuma tinggal beberapa hari lagi sebelum raya, namun keluarga di Singapura ini terpaksa menerima hakikat bahawa ibunya men1ngg4l dunia akibat kanser pada Selasa lalu.

Allahyarham pergi men1ngg4lkan 12 orang anak yang kebanyakan masih bersekolah berusia antara satu hingga 18 tahun. Seorang pengguna Facebook, Diana Hairul berkongsi perkara tersebut semalam.

Menurut posting itu, anak-anak termasuk bapanya tinggal di sebuah rumah flat dua bilik. Bapa tunggal yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan sudah berhenti kerja sejak setahun kerana menjaga Allahyarham ketika hayatnya.

Disebabkan kesusahan itu, Diana meminta sumbangan dalam pelbagai bentuk termasuk wang, susu formula, lampin dan makanan bagi meringankan beban mereka.

Selepas berita mengenai keluarga itu tular di aplikasi WhatsApp dalam kalangan netizen Singapura, ramai pihak berganding bahu tampil menghulurkan bantuan buat keluarga ini.

Menerusi sebuah video di page Facebook Jalan2junkie, bapa tunggal tersebut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan untuk keluarganya bagi meneruskan kehidupan.

Berat ujian yang perlu ditempuhi buat keluarga ini. Semoga si bapa kuat dan tabah membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran isteri di sisi.

Sumber : mothership

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "12 Beradik Terp4ksa Rai Aidilfitri Tanpa Ibu, Men1ngg4l Dunia Akibat K4ns3r"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*