W4rga My4nmar Sakan Buat Water Festival Minum Ar4k, Cetvs Kemarahn Rakyat Malaysla

Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 daripada berterusan menjangkiti rakyat Malaysia. PKP ini juga telah masuk ke fasa ketiga dan penduduk di Malaysia dilihat semakin membiasakan diri dan faham mengenai arahan yang telah berkuat kuasa sejak 18 Mac 2020.

PKP ini bukan sahaja menjejaskan rakyat Malaysia, malah pendatang asing yang menetap di negara ini juga turut terkena tempias. Malah, terdapat beberapa berita sedih yang dilaporkan mendakwa, warga asing ini dibiarkan gantung tak bertali oleh majikan mereka sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

“Warga asing berpesta semalam”

Namun, terdapat satu berita yang kurang menyenangkan didengari menyatakan sekumpulam pekerja kilang warganegara Myanmar telah melakukan pesta air beramai-ramai.

Kejadian ini dipercayai telah berlaku di kilang sarung tangan yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi.

Pesta berkenaan dikatakan disambut pada 13 April untuk meraikan perayaan Songkran yang bermula dari 13 hingga 15 April. Mereka juga dilihat menari sambil meminum arak dan sekaligus menerima kecaman ramai dari netizen kerana melanggar PKP.

Menurut laporan Harian Metro hari ini,

PESTA ‘Songkran’ yang tular di media sosial hari ini dipercayai diadakan di perkarangan sebuah asrama pekerja kilang warga Myanmar di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, setakat ini polis masih menunggu penjelasan dari pihak kilang terbabit.

“Kami mendapat maklumat aktiviti berkenaan diadakan kumpulan pekerja terbabit di kawasan asrama mereka,” katanya ketika dihubungi wakil Harian Metro.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis belum menerima laporan mengenai video membabitkan sekumpulan pekerja kilang dikatakan mengadakan pesta ‘Songkran’.

Video berkenaan tular di Facebook yang memaparkan tindakan sekumpulan pekerja Myanmar meraikan perayaan Songkran di sebuah kilang sarung tangan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Mereka juga dilihat menari sambil meminum arak dan menerima kecaman ramai dari netizen kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber : Harian Metro / hmtpress


Apa kata anda?

Be the first to comment on "W4rga My4nmar Sakan Buat Water Festival Minum Ar4k, Cetvs Kemarahn Rakyat Malaysla"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*