Perkongsian Wanita Positif Covld-19 Mengenai Simpton Awal Beliau Hidap Walaupun Tiada Kontak Rapat & Sejarah ke Luar Negara

Jangkitan wabak Covld-19 ini boleh tersebar dengan mudah dan tanpa kita sedari. Meskipun anda tidak punyai close contact dengan pes4kit positif mahupun sejarah pulang dari luar negara, anda juga berpotensi terkena wabak ini.

Seperti perkongsian Naqiah Jalaludin, dimana dia tergamam apabila terima keputusan ujian saringan Covld-19 daripada doktor. Masih menjadi persoalan, dari mana datangnya wabak ini? Malah, dia mula menyedari simptom tersebut apabila mengalami hilang deria bau dan rasa, batuk dan demam.

Tak ada close contact dengan pesakit positif

Dia bagaimanapun mengakui tidak mempunyai close contact dengan mana-mana pes4kit positif Covld-19 dan tidak juga punyai sejarah perjalanan luar negara. Namun, dia masih menjadi ‘mangsa’ kepada wabak ini dan kini berada di hospital.

Pada asalnya, wanita ini hanya mengalami demam dan batuk sehingga membuatkan suaminya membawa dia ke Sunmed. Tetapi disebabkan simptom berkenaan, dia terpaksa di bawa ke khemah saringan pula. Malah, dia turut mengalami muntah selama dua hari dan deman serta batuk sudah hampir seminggu.

Hilang deria bau, rasa agak lama

Bagaimanapun, dia turut mengakui bahawa dia punyai firasat tersebut setelah berdepan dengan situasai yang agak pelik ini. Sebabnya dia merasai bahagian di hidung kering. Sampai kena masukkan air sebab terlalu kering.

Deria bau dan arasa pun hilang agak lama, kira-kira seminggu. Tetapi simptom lain seperti batuk, c1rit-b1rit dan s4kit tekak juga terasa. Empat hari yang lalu, dia juga mengalami kesukaran untuk tidur akibat tidak boleh bernafas sehinggakan dia mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan Covld-19.

Dapat test pada keesokan hari

Bagaimanapun, doktor tersebut jamin yang kemungkinan besar wanita ini bukan salah seorang pes4kit positif Covld-19 berdasarkan rekod sejarah dan simptom yang pernah dialaminya itu juga berkurangan.

Masa doktor call, tergamam

Agak tergamam apabila menerima keputusan dari panggilan doktor itu. Segala perasaan bercampur-baur. Mujur doktor berkenaan mahir dalam mengawal situasi pes4kit seperti ini. Memang sukar untuk terima berita ini meskipun sudah merasai firasat send1ri.

Mengambil masa selama 2 minggu untuk menunggu keputusan itu keluar. Bayangkan selama menunggu tempoh itu, kemana saja wanita ini pergi, dengan siapa dia berjumpa. Semuanya telah menjadi kerisauan.

Terima banyak DM dan Whatsapp

Punca dan dari mana virus itu boleh merebak masih menjadi tanda tanya pada d1rinya. Kemungkinan besar dari tempat kerja kerana pada 19 Mac lalu, dia sudah merasai deria bau hilang. Malah, dia turut risau keadaan kakaknya yang ketika ini dalam keadaan mengandung. Begitu juga ayahnya yang sudah tua. Tetapi mereka masing-masing tidak menunjukkan sebarang simptom.

Dah ditakdirkan

Sebelum ini, dia juga sentiasa sediakan cecair pembasmi kuman dan tisu basah di dalam beg tangan. Kemungkinan besar sering menyentuh bahagian mata dan muka setelah menyentuh benda yang tidak sepatutnya menjadi salah satu faktor jangkitan ini.

Sekiranya anda terpaksa ditahan di dalam wad gara-gara peny4kit ini, anda perlu bawa bersama bekas air, cawan, sejadah, telekung bagi wanita, vitamin C atau ubatan send1ri, face mask, baju tidak perlu, cecair pembasmi kuman dan isu basah.

Wanita ini juga berkongsi garis masa yang disedari olehnya sebelum membuat keputusan untuk ujian saringan Covld-19, tempoh hari.

Sumber: Naqiah Jalaludin

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Perkongsian Wanita Positif Covld-19 Mengenai Simpton Awal Beliau Hidap Walaupun Tiada Kontak Rapat & Sejarah ke Luar Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*