“Baru Tahu Tahap Keselesaan Dia, Habis Kuarantin Aku Nak Beli Tujuh” – Lelaki Ini Cuba Baju Kelawar… Ramai Suka!

Baju kelawar menjadi tular di laman sosial gara-gara terdapat golongan lelaki yang pertama kali mencuba dan mengakui keselesaannya.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @thefunsizeguy berkongsi rasa selesa apabila memakai baju kelawar buat pertama kali ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Baru aku tahu tahap keselesaan baju kelawar ini bagaimana. Habis kuarantin aku nak beli 7. Untuk dipakai seminggu,” tvlisnya menerusi satu kicauan.

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, ramai netizen lelaki yang mengakui keselesaan memakai baju kelawar yang selama ini sinonim dengan para wanita.

Malah, ada yang turut berkongsi foto memakai baju kelawar milik ibu atau kakak sebagai tanda setuju.

“Tahu takpe. Aku selalu share ngan kakak aku dulu,” kata seorang wargamaya.

“Best betul kan, dia punya syiok perghh” puji seorang wargamaya.

“Dan ia juga boleh menyelimuti d1ri send1ri. Apabila ditiup angin. Terasa seperti lipas merayap-rayap di badan dengan kibaran kain. Hahahahha,” kata seorang wargamaya.

“Den ada 4 kakak. Semua baju kelawar dio den dah pakai. Kadang dio mengamok pakai baju kelawa eh. Den kata nanti den basuhlah. Last-last den humban yo dalam bakul,” luah seorang wargamaya lagi.

Pendapat ini turut dipersetujui oleh para wanita yang rata-ratanya gemar memakai baju kelawar pada waktu malam.

Pakailah baju kelawar siapa pun, asalkan anda duduk rumah sepanjang tempoh PKP ini untuk hapuskan rantaian COVID-19.

Sumber gambar: Twitter @datininaz, @raihanaroslan dan @izzazri122

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Baru Tahu Tahap Keselesaan Dia, Habis Kuarantin Aku Nak Beli Tujuh” – Lelaki Ini Cuba Baju Kelawar… Ramai Suka!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*