May4t Terg4ntvng Di Pokok Positif C0vld-19, 12 Anggota Polis Diarah Ku4rantin Diri

Penemuan may4t yang tergantung di pokok rupanya positif covid-19, dan ini arahan Ketua Polis Daerah buat anggota yang terlibat kendali may4t tersebut. Baca selanjutnya..

Anggota Diarah Kuarantin D1ri

may4t lelaki tanpa identiti dipercayai warga asing yang ditemui tergantung di pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya, di Kota Kinabalu, 6 April lalu disahkan positif koronavirus baharu (Covid-19), semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Maj1nji berkata, seramai 12 anggota polis yang bertugas mengendalikan may4t berkenaan sudah diarahkan menjalani saringan kesihatan.

Katanya, keputusan saringan terhadap anggota polis terbabit akan diperoleh dalam tempoh terdekat dan semua yang terbabit sudah diarahkan kuarantin d1ri di rumah masing-masing.

“Semua anggota yang terdedah sudah menjalani saringan kesihatan dan mereka juga diarah mengasingkan d1ri di rumah masing-masing sementara menunggu laporan kesihatan daripada hospital.

“Keputusan ujian itu dijangka akan siap hari ini. kita mendoakan semua anggota terbabit selamat daripada jangkitan virus berkenaan,” katanya dalam sidang media di IPD Kota Kinabalu, hari ini.

Habibi berkata, semua anggota yang bertugas ketika itu mengenakan langkah-langkah pemakaian selamat termasuk memakai topeng muka dan sarung tangan.

Mengulas lanjut penemuan may4t itu, beliau berkata, lelaki terbabit dipercayai warga asing kerana tiada penemuan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) pada lengannya.

Katanya, lelaki itu juga dipercayai membvnvh d1ri dan may4tnya masih belum dituntut.

“Setakat ini, kes masih diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Balai Polis Pulau Gaya Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zulfikar Abd Salam di talian 0198009455,” katanya.

Sehubungan itu, Habibi berkata, penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Gaya berjalan lancar dan kerjasama daripada warga pulau berkenaan juga amat baik.

“Perkhidmatan pengangkutan biasa tidak dibenarkan ketika ini, namun hanya dua bot setiap kampung dibenarkan beroperasi membabitkan urusan penting.

“Oleh itu, penduduk di sekitar Pulau Gaya diminta supaya mengikuti arahan PKP sepenuhnya bagi mengelak penularan wabak Covid-19 ini,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "May4t Terg4ntvng Di Pokok Positif C0vld-19, 12 Anggota Polis Diarah Ku4rantin Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*