Dari duduk saja, Nabila Huda beriltizam baca Al-Quran setiap hari sampai khatam

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan ini, pelbagai aktiviti dapat dibuat sepanjang dirumah. Ia juga sedikit sebanyak dapat mendekatkan d1ri kepada Maha Pencipta kerana kita tidak leka dengan kehidupan seperti waktu bekerja.

Dalam perkongsian Nabila Huda yang juga merupakan aktres terkenal Tanah Air, dia melalui Instangramnya sebelum ini mengajak orang ramai sama-sama membaca al-Quran seperti yang dilakukan olehnya sekarang.

Perkara tersebut dipetik menerusi Sinar Harian yang diperoleh daripada live IG Nabila send1ri.

“Satu hari kita baca satu muka surat mana tahu lama-lama khatam.”

“Daripada kita duduk lepak tak buat apa baik kita baca sama-sama mana tahu kita duduk rumah ni sampai raya.”

Tambahnya, sejak kecil lagi dia sudah diajar membaca al-Quran oleh neneknya yang juga ibu kepada penyanyi rock Malaysia iaitu Amy Search.

Dia turut mendedahkan sudahpun khatam al-Quran sebanyak 3 kali sejak belajar membacanya.

“Saya belajar mengaji daripada nenek iaitu ibu kepada penyanyi Amy Search semasa kecil, dulu dia guru mengaji.

“Jadi saya mengaji setiap hari dengan nenek dan sudah berjaya khatam sebanyak tiga kali.”

Selain itu juga, sebelum ini Nabila ada memberitahu di Instagramnya bahawa bapa dan ibu t1rinya telah menghadiahkan senaskah al-Quran bersempena dengan hari lahirnya yang disambut penghujung Mac lalu.

Dalam ucapan tersebut, bapanya mendoakan agar al-Quran yang dihadiahkan ini akan menjadi pendampingnya sentiasa. Ucapan yang disertakan dengan hadiah itu turut disertakan sekali dengan tanda tangan kedua orang tuanya.

Semoga Nabila Huda Istiqomah dalam membaca al-Quran setiap hari sehingga tiba hari raya seperti impiannya itu.

Sumber : Nabila Huda, Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dari duduk saja, Nabila Huda beriltizam baca Al-Quran setiap hari sampai khatam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*