Man Raja Lawak Bakal ‘Jual’ Kereta Dan Motorsikal Semata2 utk Agih Bantuan

Selepas tampil menghulurkan sumbangan wang hadiah kemenangan menerusi Mah4raja Lawak mega 2019 lalu, Man Raja Lawak kini difahamkan mahu menjual kereta dan motor miliknya demi membantu rakyat yang tersepit di kala wabak yang melanda.

Menerusi salah satu entri terkininya di Instagram, pelawak ini bertanya andai ada pihak yang sudi membeli kereta dan motornya secara tunai.

Ia bagi menambah sumbangan sedia ada berikutan ribuan permohonan sudah diterima.

Luahnya, dia tiada masalah menggunakan kereta kancil selepas ini, asalkan dapat membantu golongan memerlukan.

“Ada pulak sahabat boleh tanya, ko jual kereta nanti nak bawa family gi mana-mana nak naik apa?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rest jup

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

“Jawapan saya mudah je, Kalau Anju boleh pakai kereta Satria Neo, kenapa pula saya tak boleh pakai kancil. Janji boleh berlumba ke Syurga,” kongsinya.

Bagaimanapun, akses untuk men1ngg4lkan komen pada beberapa entrinya kini turut ditutup.

Terdahulu, tindakannya yang mahu agihkan sebahagian wang kemenangan mendapat perhatian ramai.

Foto : Instagram Man Raja Lawak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Man Raja Lawak Bakal ‘Jual’ Kereta Dan Motorsikal Semata2 utk Agih Bantuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*