Gembira Dapat Bantuan, Senyuman Terima Kasih Lelaki Tua OKU Meruntun Hati

Setiap negara di dunia ini sedang berjuang dalam menangani wabak Covid-19. Langkah yang diambil oleh setiap negara sudah tentu mengh4rapkan agar rakyatnya tinggal dirumah dan menjalani tempoh getir ini dengan penuh sabar.

Susulan daripada itu, ramai insan yang terjejas kerana pendapatan mereka berkurangan berikutan tidak dapat hadir ke tempat kerja disebabkan langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan berlaku.

Oleh itu, ada sebahagian besar rakyat terpaksa mengh4rapkan bantuan untuk mengisi perut. Peranan insan yang berhati mulia sangatlah ditagih mereka ketika ini.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook dari Filipina, dia telah memberikan sedikit sumbangan kepada seorang lelaki. Namun, senyuman terima kasih daripada lelaki itu begitu menyebakkan.

Daripada muat naik tersebut, pengguna Facebook tersebut memberikan sumbangan kerana meraikan hari ulang tahun ahli keluarganya. Jadi dia mencari beberapa orang keluarga untuk mengedarkan sumbangan ihsan kepada mereka yang memerlukan.

Senyuman lelaki warga emas yang juga seorang insan kurang upaya apabila menerima bantuan benar-benar menyebakkan kerana tergambar ucapan terima kasih daripadanya yang tidak terhingga.

Ketika ini, Filipina telah mencatatkan 2,633 kes positif Covid-19 dan seramai 107 kem4tian telah dicatatkan. Susulan daripada itu, Presiden Filipina telah mengeluarkan arahan kepada pihak polis dan tentera agar menembak m4ti sahaja insan yang degi dengan keluar rumah tanpa tujuan semasa lockdown dijalankan.

Sumber : Jem Arboleda

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Gembira Dapat Bantuan, Senyuman Terima Kasih Lelaki Tua OKU Meruntun Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*