Ustaz Ahmad Dusuki Kongsi Tips Selesa Di Alam Ku-bur

Baru-baru ni saya ada dengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di ku-bur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di alam ku-bur.

Amalkan 3 perkara ni:

1. Baca Alquran sebelum subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat

Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?

Kawan-kawan,

Saya, anda dan kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Ingat, malaikat maut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa.

Tapi itulah, sudah bersediakah kita?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Selamat Beramal.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ustaz Ahmad Dusuki Kongsi Tips Selesa Di Alam Ku-bur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*