Uncle Kentang sedia khidmat bas rombongan kahwin, sewa RM70 sahaja

Aktivis masyar4kat, Kuan Chee Heng atau  ‘Uncle Kentang dikenali kerana banyak melakukan kerja-kerja kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama.

Jika sebelum ini beliau menyediakan perkhidmatan ambulans dan van jenazah kepada mereka yang memerlukan, kali ini beliau memperkenalkan perkhidmatan bas untuk orang kahwin dengan sewa serendah RM70.

Menurut Chee Heng, bas tersebut disediakan khusus buat mereka yang kurang mampu termasuklah ibu dan bapa tunggal serta keluarga berpendapatan rendah.

“Bas ini ditawarkan hanya kepada warga Puchong sahaja dan untuk perjalanan dalam lingkungan 50 kilometer sahaja.

“Sewa RM70 itu untuk bayar pemandu bas sahaja manakala perbelanjaan lain saya tanggung,” katanya.

Keprihatinan Chee Heng menarik perhatian netizen yang memuji tindakan itu cukup mulia membantu golongan memerlukan.

Jasin Hunter berkata, “Subhanallah, mulianya uncle ni, kebaikan yang dia buat tiada insan yang sebaik ini… tiada motif politik pun apa yang dia buat hidupnya hanya membantu sesama insan. Semoga murah rezekinya dan kesihatan yang baik.”

Mohd Firdaus Suhaimi pula memuji tindakan Chee Heng selain menyifatkan beliau seorang insan istimewa.

“Terbaik uncle kentang, anda satu dalam 1000, 10 dalam beribu-ribu, ratus dalam berjuta-juta manusia. Moga beliau mendapat hidayah.” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Uncle Kentang sedia khidmat bas rombongan kahwin, sewa RM70 sahaja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*