Covld-19: Menggemparkan! Ini Pengumuman Terkini Perdana Menteri Malaysia

KERAJAAN memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu ini, 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Katanya, perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi; pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya

“Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

“Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac (semalam),” katanya dalam Perutusan khas Cov1id-19, di Putrajaya, hari ini.

Bagi Kawalan Pergerakan kedua, beliau berkata, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

“Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuar4ntin secara sukarela (atau self quar4ntine) selama 14 hari;

“Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara; Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

“Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

“Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau sedar rakyat di negara ini mungkin merasakan tindakan yang diambil oleh kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran.

“Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wab4k Covi1d-19 yang berkemungkinan mer4gut ny4wa rakyat negara ini,” katanya.

Sumber : BH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Covld-19: Menggemparkan! Ini Pengumuman Terkini Perdana Menteri Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*