Terima 700 ribu mesej berbaur k3caman buat Ali Puteh tak boleh tidur malam “saya bermimpi bertemu 4rwah Abam”

Gara-gara kontroversi membabitkan d1rinya dengan kakak ipar, Nor Hidayah, pelawak Ali Puteh, mendedahkan dia menerima lebih 700,000 mesej peribadi berbentuk kecaman di laman IG.

Menurut Ali, 31, dia terkejut dan tidak menyangka dalam sekelip mata orang ramai yang pada awalnya menghantar mesej memuji sikap arwah Abam berubah membenci d1rinya.

“Selepas Abam men1ngg4l, ramai yang hantar mesej memuji sikap Abam tapi beberapa hari selepas itu ianya berubah sama sekali.

“Saya dan keluarga dih1na teruk dan maruah kami di4ibkan, k3caman dilemparkan netizen kepada kami sekeluarga sangat hebat dan saya menerima lebih 700,000 mesej kecaman dan makian.

“Setelah saya mengadakan sidang media baru-baru ini menjelaskan cerita sebenar, saya terima lebih 90,000 mesej peribadi yang minta maaf, tapi sayang akaun itu pun sudah dig0dam!,” katanya kepada mStar.

Ali Puteh bersama ibunya Sabariah Arshad.

Ali berkata demikian ketika ditemui di majlis tahlil arwah Abam anjuran Astro di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Sementara itu, Ali mendedahkan dia mengalami kesukaran untuk tidur malam ketika berdepan dengan kontroversi tersebut.

“Tidur saya tidak pernah lena selepas apa yang berlaku itu. Jadi, sekarang saya sangat menjaga percakapan terhadap apa yang nak dikomen supaya tidak timbul lagi sebarang isu.

Abam ceria dan senyum saja dalam mimpi itu, saya memeluknya untuk melepaskan rindu. Alhamdulillah… dia nampak bahagia!

ALI PUTEH 

“Hanya dalam beberapa hari lalu tidur saya tidak terganggu apabila isu keluarga sedikit reda dan netizen lebih memberi tumpuan kepada hal politik negara.

“Alhamdulillah, Allah SWT makbulkan doa saya untuk tenang semula, boleh tidur dan tidak terlalu memikirkan isu yang terjadi. Apapun, saya sedar ujian yang harus dihadapi ketika ini sangat besar dan akur menerimanya kerana yakin perlu sentiasa bermuhasabah d1ri,” katanya.

Dalam pada itu, Ali turut mendedahkan baru-baru ini dia bermimpi bertemu dengan 4rwah Abam.

Gambar kenangan Abam bersama ibu dan isteri, Nor Hidayah.

“Abam ceria dan senyum saja dalam mimpi itu, saya memeluknya untuk melepaskan rindu. Alhamdulillah! Dia nampak bahagia!,” katanya.

Sebelum itu, kisah keluarga menjadi perhatian ramai selepas usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menyiarkan temubual bersama balu Abam, Nor Hidayah secara langsung di laman Facebook.

Dalam temu bual itu, usahawan tersebut menyentuh isu sensitif berkaitan harta pusaka yang ditinggalkan Abam. Situasi tersebut mencetuskan perbalahan dua keluarga.

Abam men1ngg4l dunia pada 10 Februari lalu akibat d3mam panas. Allahyarham men1ngg4lkan seorang balu Nor Hidayah dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lapan bulan.

VIDEO

Dalam pada itu ibu 4rwah Abam turut meluahkan rasa rindu pada cucunya. Menurut Sabariah, selepas menantunya Nor Hidayah Mohd Ali mengambil keputusan untuk keluar rumah, dia tidak lagi berhubung dengan wanita itu dan cucunya.

“Rindu tu memang rindu sebab cucu… tapi nak buat macam mana makcik tak larat macam ini… redha jer”, kata Sabariah.

 

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Terima 700 ribu mesej berbaur k3caman buat Ali Puteh tak boleh tidur malam “saya bermimpi bertemu 4rwah Abam”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*