Syukurlah Jika Pernah Solat Sunat Dhuha Walaupun Sekali.. Ini Antara Kelebihannya

Syukurlah Jika Pernah Solat Sunat Dhuha Walaupun Sekali.. Ini Antara Kelebihannya

Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang terdapat dalam ajaran islam. Setiap orang islam amat dianjurkan untuk melaksanakan solat Dhuha walaupun hukvmnya hanyalah sunat.

Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan setelah terbit matahari hingga menjelang masuk waktu Zohor. Solat ini afdhalnya dilakukan pada waktu pagi hari ketika matahari sedang naik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama, jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu sebagaimana sebuah hadis yang d1riwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:

“Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Berikut ini dikongsikan beberapa kelebihan solat Dhuha:

1. Solat Sunat Yang Sangat Dituntut

Antaranya ialah dalam Riwayat Abu Hurairah katanya: “Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak men1ngg4lkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak men1ngg4lkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Dimurahkan Rezeki & Elak Miskin

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”

3. Ganti ‘Sedekah’

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

4. Diampuni d0sa

Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala d0sanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Betul-betul banyak kelebihan menunaikan Solat Dhuha ni. Marilah kita sama-sama merebut ganjaran yang diberikan ini.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada sidang pembaca sekalian. Dipersilakan untuk share agar lebih ramai lagi yang mendapat manfaat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: islamituindah


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Syukurlah Jika Pernah Solat Sunat Dhuha Walaupun Sekali.. Ini Antara Kelebihannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*