Rosmah enggan tinggalkan bilik bicara timbulkan kekecohan.

KECOH apabila Datin Seri Rosmah Mansor enggan meninggalkan bilik perbicaraan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Rabu, apabila prosiding ditangguhkan untuk makan tengah hari.

Keadaan tersebut berikutan beliau mahu prosiding pada berakhir awal pada Rabu.

Isteri kepada bekas perdana menteri itu enggan berganjak dari kandang tertuduh, manakala peguamnya dilihat memujuknya untuk beredar.

Keengganan Rosmah meninggalkan bilik perbicaraan membuatkan peguamnya bertemu dengan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

Peguam bela, Datuk Jagjit Singh memberitahu Mohamed Zaini mengenai keadaan kesihatan Rosmah.

Mohamed Zaini kemudian membenarkan sesi petang dilapangkan sebagaimana permintaan Rosmah.

Prosiding mahkamah berakhir pada pukul 2 petang, memandangkan Rosmah tidak sihat sejak di awal perbicaraan pada 5 Februari lalu.

Perbicaraan bersambung pada Khamis, 13 Februari. – The Star


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Rosmah enggan tinggalkan bilik bicara timbulkan kekecohan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*