Nyanyian Mantap Di Kedai Elektronik Raih 7.7 Juta Tontonan, Remaja Buta Dapat Perhatian Sam Smith

Nyanyian bersahaja dengan vokal mantap seorang remaja di kedai alat elektronik berjaya menawan hati netizen Twitter. Ramai yang tertanya-tanya gerangan sebenar remaja lelaki terbabit sehingga penyanyi asal lagu dinyanyikannya, Sam Smith turut memuji suara dan cuba mengenali siapa di sebalik suara berkenaan.

Mendendangkan lagu Too Good At Goodbyes, video nyanyian remaja itu dikongsikan semula oleh penyanyi berkenaan sambil memuji kualiti vokal ditunjukkannya dalam rakaman tersebut.

Siapa ini? Walau siapa pun anda, anda memang luar biasa.

Pengikut penyanyi itu kemudian mendedahkan siapa sebenarnya remaja terbabit. CarlMalone Montecido adalah bekas peserta program realiti nyanyian Filipina, Tawag ng Tanghalan. Carl merupakan orang kurang upaya penglihatan. Dalam pertandingan pada tahun 2016 itu, Carl meraih tempat kelima dan memenangi hadiah 100 ribu Peso.

Carle turut diberi jolokan Blind Balladeer setelah videonya meraih tontonan mencecah lebih 7.7 juta di laman sosial setelah dikongsikan pengguna Facebook Trixie Madison.

Carl juga mempunyai saluran Youtube send1ri di mana dia memuatnaik lagu-lagu dinyanyikan semula mengikut cara send1ri. Ruangan komen dibanj1ri dengan kata-kata pujian betapa unik suara penyanyi istimewa ini daripada peminat seluruh dunia.

Sumber: Sam Smith, CarlMalone Montecido

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Nyanyian Mantap Di Kedai Elektronik Raih 7.7 Juta Tontonan, Remaja Buta Dapat Perhatian Sam Smith"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*