Lelaki Malaysia Kena Tangkap Lepas Tertunjuk Gambar Lucah Dekat Polis dan SPRM. Kantoi siut.

Bahaya juga bila simpan benda-benda tak senonoh dalam phone ni. Mungkin ada yang rasa benda biasa, tapi kalau ikut undang-undang, simpan bahan porno pada apa-apa peranti adalah salah ya!

Seorang lelaki nampaknya menyesal bila dia telah ditahan dan didakwa kerana menyimpan empat gambar lucah di dalam telefon pintar peribadinya.

Menurut Sin Chew Daily, polis menemui empat gambar lucah di dalam peranti lelaki dari Johor ini pada 19 Mac tahun lepas dan jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara 3 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Tapi, apa yang tak boleh nak brain, lelaki ni terkantoi masa dia tengah tolong PDRM dengan SPRM siasat kes komen sosial media yang melanggar undang-undang. So, masa dia nak tunjuk contoh tu, dia TERtunjuk gambar lucah yang ada pada telefonnya dekat polis. OMG tak boleh imaginelah!

Kalau korang nak tahu, lelaki ni dah pun dilepaskan dengan ikat jamin dan mengaku tidak bersalah. Kesnya akan dibicarakan di mahkamah pada 17 Mac 2020. So, better check phone korang, kadang-kadang bukan berniat nak simpan tapi ada group sebelah yang hantar gambar bukan-bukan, dah kita pulak yang kena nanti.

Sumber: Lobak Merah


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lelaki Malaysia Kena Tangkap Lepas Tertunjuk Gambar Lucah Dekat Polis dan SPRM. Kantoi siut."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*