Hanya kerana nama gadis ini pelik encik husband lafaz tujuh kali akad nikah.

ISKANDAR PUTERI: Ada kisah di sebalik setiap nama yang setiap manusia di dunia ini. Bagaimana nama seseorang diperolehi juga pasti ada kisah atau rahsia di sebaliknya. Ada di antara kita yang mempunyai nama ringkas, panjang atau berkait dengan sesuatu peristiwa.

Pemilik nama S binti Rusli ini mungkin menjadi antara pemilik nama paling pendek di negara atau dunia. Menurut S, 32 tahun, yang bekerja sebagai pelukis pelan, namanya menjadi bualan bukan sahaja ketika zaman belajar malah sehingga melangkah ke alam pekerjaan.

Katanya, ramai yang tidak percaya ketika dia memperkenalkan d1ri dengan nama itu. “Kadang-kadang kita beritahu orang nama, tetapi dia ingat itu nama samaran. Jadi saya kena keluarkan kad pengenalan. “Kalau kita tvlis borang, ada gelak ketawa kerana nama macam pelik. Kalau tengok reaksi pelik, kita sudah gelak, saya cakap memang nama saya macam itu.

“Ayah saya bagi nama mcm itu tetapi saya gembira, tidak ada masalah semasa sekolah. Ada juga yang mengejek S nama Superman tetapi tidak apalah, simbol S ok,” katanya. Pemegang Diploma Teknologi Seni Bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, dia sangat selesa dengan nama pendek pemberian ayahnya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 57 tahun.

Selain S, nama adik-adiknya juga pendek, ringkas dan mudah diingat iaitu Liz (29 tahun), Maz (18 tahun) dan Hani, 15 tahun. S yang bertugas sebagai pelukis pelan bangunan di syarikat swasta berkata, nama yang ringkas juga mempunyai kesukaran dari segi kepercayaan.

Jelasnya, ada di kalangan kawan, kakitangan awam dan pihak sekolah yang tidak percaya ketika dia mendaftarkan namanya. Kerana itu, S selalu membawa kad pengenalannya ke mana-mana walaupun ketika menemani anak beriadah di taman permainan berdekatan.

Kata S, walaupun namanya hanya satu huruf, suaminya Nuzrul Hasan, 38 tahun, terlalu gemuruh sehingga terpaksa mengulang akad tujuh kali sebelum sah bergelar suami isteri. “Pernah semasa di klinik gigi dahulu, semasa pendaftaran doktor mem4rahi jururawat kerana tidak mengisi nama penuh.

“Sekali lagi semasa akad nikah, suami lafaz tujuh kali sebelum sah bergelar suami isteri,” jelasnya. Ibu kepada tiga anak itu juga memilih untuk memberikan nama yang ringkas kepada anak-anaknya iaitu Yani (10 tahun), Dani (4 tahun) dan Wani (1 tahun).

Sementara itu, Rusli berkata, nama S diberikan kerana nama bapanya, Ahmad Abdul Karim yang terlalu panjang. “S itu bermakna senang kalau hendak dihuraikan. InsyaAllah, senang sampai bila-bila. Kehidupan S pun Alhamdulillah senang,” ujarnya. Pada Rusli, apa pun nama yang diberikan,sudah cukup jika ia memudahkan orang lain untuk menyebut dan mengingatinya.

P/S: Mudah cekgunya nk tvlis nama dia dulu2. heheh

Sumber: celotehsaje via AstroAwani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hanya kerana nama gadis ini pelik encik husband lafaz tujuh kali akad nikah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*