“Saya yang kawan baik pun tak boleh campur cerita dalam kain, apatah lagi orang luar” Achey

Sebagai seorang sahabat baik, pelakon dan pelawak Achey meluahkan rasa berbaur apabila pelbagai isu timbul membabitkan keluarga arwah Abam Bocey selepas pemergiannya.

Katanya lagi, dia agak terkilan atas apa yang berlaku.

“Saya agak terkilan tu sebab cerita kebaikan dia ditutup kerana perkara yang boleh diselesaikan secara damai.

“Sebab apa saya rasa terkilan dengan pihak terlibat kerana tidak menyelesaikan secara damai dan bagi saya ia mudah untuk diselesaikan,” jelasnya kepada MH.

Sedikit ralat dengan apa yang berlaku

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata isu permasalahan atau konflik kekeluargaan sepatutnya diselesaikan secara baik bersama ahli keluarga lainnya.

“Saya ralat sikit sebab tengah kemuncak kebaikannya diceritakan orang ramai, bagaimanapun ia terjadi hal sedemikian pula.

“Jadi kalau tengok apa yang saya dan Fad lakukan, kami tak ambil tindakan apa-apa pun. Saya hanya teruskan menceritakan tentang kebaikan arwah supaya orang terus mendoakan arwah.

“Sebab pada saya bila satu individu bermasalah dengan satu individu lain, selesaikan dengan individu itu secara baik.

“Keluarga dengan keluarga selesaikan sebab itu adalah cerita dalam selimut. Saya sendiri pun sebagai kawan baik tak boleh nak campur cerita dalam selimut apatah lagi orang luar,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Orang akan anggap Acah2 baik … dah tuuu sampai bila nak acah2 jahat… .. .. Mula2 mmg acah2 lama2 ikhlas lah… .. .. Yang penting terus buat baik…doa yang baik2 .. .. salam jumaat… #kitabaikramaisayang

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Terdahulu, Achey ditemui pada Majlis Tahlil anjuran Astro Warna di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Khamis.

4llahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan m3ninggal dnia di kediamannya, di Gombak akibat d3mam panas. Jnazah Abam telah selamat dik3bumikan di Tanah Perkvburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

VIDEO I

VIDEO II

#MHLive Allahuakbar, ini sekitar majlis Bacaan Yaaasin & Tahlil Allahyarham Abam Bocey. Alhamdulillah

Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, February 27, 2020

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! SK Press

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya yang kawan baik pun tak boleh campur cerita dalam kain, apatah lagi orang luar” Achey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*