Selepas Kanada, Chef Ini ‘Tapau’ Ireland Pula Dengan Fusion Nasi Lemak & Nasi Kerabu. Wow!

Sebagai rakyat Malaysia sejati, ramai yang membesar dengan nasi lemak. Bahkan hidangan ini boleh dianggap sajian ruji tatkala sarapan pagi yang selalunya lengkap dimakan bersama secawan teh tarik.

 

Dengan rasa nasi yang lemak dan beraroma dan digaul bersama sambal ikan bilis, telur rebus ataupun telur goreng, kacang goreng serta timun, setiap suapan terasa begitu nikmat sekali sehinggalah ke suapan terakhir. Sangat sedap, bukan?

Sekarang bayangkan pula kesedapan nasi lemak itu digabungkan pula dengan keenakan rasa nasi kerabu. Double kelazatannya!

Baru-baru ini seorang gadis telah mengharumkan nama tanah air dengan hidangannya yang bernama Nasi Lemak Bunga Telang, yang merupakan fusion di antara nasi lemak dan nasi kerabu

Siti Safura Mohd Tawil telah berjaya mendapat pingat emas dalam pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 (Chef Ireland Culinary Competition) bagi kategori masakan Asia-India yang dianjurkan The Panel of Chefs Ireland.

Dalam pertandingan itu, Siti Safura telah memikat hati juri dengan hidangan nasi lemak berwarna biru yang disertai lauk ayam rendang, kerabu dan keropok keping rangup yang diberi nama Nasi Lemak Bunga Telang.

Sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Selepas Kanada, Chef Ini ‘Tapau’ Ireland Pula Dengan Fusion Nasi Lemak & Nasi Kerabu. Wow!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*