(AKSI) Pasangan buat aksi tak senonoh dalam pesawat timbulkan kemarahan penumpang.

APABILA menaiki sesebuah pesawat, kita pastinya mengharapkan perjalanan yang selesa dan selamat.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan penumpang sebuah pesawat apabila mereka terpaksa menjadi penonton aksi tidak senonoh dua individu, dipercayai pasangan kekasih.

Posting mengenai aksi selamba pasangan itu dibuat menerusi Instagram pada Jumaat lalu.

Dalam posting berkenaan, seorang lelaki dan wanita dilihat sedang berkasi mesra di tempat duduk mereka.

Malah, mereka juga seolah-olah tidak menghiraukan penumpang lain yang ada dalam pesawat itu.

Rata-rata pelayar Instagram turut mengecam perbuatan berkenaan.

“Kenapa ada yang berperangai begini?

“Kesian penumpang sebelah mereka,” tulis beberapa individu.

Bagaimanapun, pemilik posting tidak mendedahkan butiran penerbangan serta lokasi rakaman berkenaan dibuat. – Daily Star.

Aksi tak senonoh pasangan itu yang dikecam ramai. FOTO: @passengershaming/Instagram.

Sumber: mStar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "(AKSI) Pasangan buat aksi tak senonoh dalam pesawat timbulkan kemarahan penumpang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*