Adun DAP Pujut bukan lagi wakil rakyat. Bila PilihanRaya Kecil akan datang?

MAHKAMAH Persekutuan di Putrajaya membatalkan kelayakan Adun DAP, Dr Ting Tiong Choon telah sebagai wakil rakyat Pujut.

Ketetapan dibuat pada Selasa dalam penghakiman majoriti tujuh berbanding dua, di mana mahkamah itu mengketepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching pada Julai 2018 yang mengembalikan semula Dr Ting sebagai Adun Pujut.

Kelayakan Dr Ting sebagai Adun Pujut dibatalkan pada 12 Mei 2017 selepas usul dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kerana beliau didakwa mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Australia yang diperolehnya pada 2010.

Dalam penghakiman pada Selasa, Mahkamah Persekutuan memutuskan DUN mempunyai kuasa untuk membatalkan kelayakan Ting kerana beliau mempunyai dua kerakyatan meskipun melepaskan satu daripadanya sebelum bertanding dalam pilihan raya negeri yang lalu.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, Dr Ting memenangi pertandingan empat penjuru di DUN Pujut dengan majoriti 1,759 undi, menewaskan Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).

sumber: mstar

Apa kata anda?

Be the first to comment on "Adun DAP Pujut bukan lagi wakil rakyat. Bila PilihanRaya Kecil akan datang?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*