Untuk Yang Tak Sempat Ganti Puasa, Wajib Bayar Fidyah. Ini Cara Pengiraan & Pembayaran Guna Online!

Diam tak diam hanya tinggal tak sampai 100 hari lagi kita akan bertemu semula Ramadan.

Bagi kaum wanita, pasti ada yang masih belum menggantikan puasa yang telah ditinggalkan sebelum ini. Dan kita memang wajib untuk qada’ puasa berkenaan sebelum bermulanya Ramadan akan datang.

Sekiranya hal ini terjadi, anda perlulah membayar fidyah. Apa itu fidyah? Fidyah merupakan denda ke atas individu Islam yang telah baligh kerana men1ngg4lkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti bulan Ramadan.

hukvm membayar fidyah adalah wajib dan ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya ia tidak dibayar, ia ibarat satu hutang kepada Allah Taala.

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana men1ngg4lkan puasa wajib atas sebab-sebab berikut:

1. Mengalami s4kit Yang Khusus

Antaranya mereka yang menghidapi s4kit kuat dan tidak mempunyai h4rapan untuk sembuh, termasuklah golongan tua yang tidak mampu berpuasa.

2. Perempuan Mengandung Bimbangkan Kesihatan Kandungan

Jika risaukan kesihatan send1ri (kerana terlalu letih dan berpeny4kit) dan anak, maka hanya perlu ganti puasa tanpa fidyah.

3. Ibu Menyusukan Anak & Bimbangkan Kesihatan Bayinya

Tetapi, jika wanita itu send1ri terlalu letih dan tidak mampu meneruskan puasa, tidak perlu membayar fidyah.

4. Orang Yang Telah men1ngg4l Dunia

Waris-waris perlu bayar fidyah bagi mereka yang telah men1ngg4l dunia mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Melambatkan Ganti Puasa Pada Ramadhan Sebelumnya

Mereka yang melambatkan ganti puasa hingga tiba Ramadhan berikutnya perlu bayar fidyah dan mengganti puasa. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Di Mana Boleh Bayar Fidyah?

Fidyah boleh dibayar secara terus kepada fakir miskin atau menerusi Pejabat Zakat atau Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk memudahkan anda, bayaran fidyah juga boleh dibayar secara online melalui e-zakat atau mengikut bank tertentu.

Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Cara Bayar Fidyah

1. Tetapkan Negeri Anda

Kadar bayaran fidyah berbeza mengikut harga yang telah ditetapkan oleh sesebuah negeri. Rujuk laman web Pejabat Agama Negeri untuk mendapatkan nilai secupak beras. Kebiasaannya, kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah secupak beras dan nilai secupak beras itu akan ditukar dalam bentuk Ringgit Malaysia.

2. Buat Kiraan

Contohnya seperti Lembaga Zakat Selangor, satu hari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan RM1.80. Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Jadi, sekiranya seseorang itu men1ngg4lkan puasa selama 3 hari, maka kadar fidyahnya adalah:

RM1.80 (1 cupak) x 3 hari = RM5.40

3. Buat Bayaran

Bayar fidyah secara tunai – Boleh dilakukan di pejabat agama atau pejabat zakat negeri atau melalui wang pos.

Foto: Laman Web Lembaga Zakat Selangor

Bayar fidyah secara online – Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri, Maybank2U.

Ini caranya jika anda mahu bayar menggunakan Maybank2U:

Klik ‘Bill Payment’ dan klik pada ‘Make A One-Off Payment’

2. Klik ‘Zakat & Charity’

3. Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Negeri masing-masing

4. Pilih ‘Fidyah’

5. Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar. Selesai!

Tetapi, ia bergantung juga kepada jenis bank atau negeri. Kemungkinan sesetengah negeri tidak mengaktifkan akaun mereka untuk membayar fidyah online.

Dah, jangan tangguhkan lagi bayaran fidyah. Sila bayar sekarang sebelum anda terlupa. Ingat, jika anda tidak membayar fidyah, ibarat anda berhutang dengan Allah!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Laman Web Lembaga Zakat Selangor


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Untuk Yang Tak Sempat Ganti Puasa, Wajib Bayar Fidyah. Ini Cara Pengiraan & Pembayaran Guna Online!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*