“Terputus Makan Itu Pernah Dalam Dua Tiga Hari,” – Ikat Perut, Ini Cerita Puteri Balqis

Menerusi perkongsian di laman Facebook Bersamamu, kelibat pelakon cilik hebat, Puteri Balqis nyata mengejutkan segelintir peminat industri hiburan tanah air.

Setelah sekian lama menyepi daripada dunia lakonan, Puteri dilihat berkongsi kesukaran hidup dalam rancangan popular tersebut.

Sedikit sedutan daripada program tersebut, kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengulas perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana tuhan tidak mahu mereka lupa d1ri.

Malah dia secara jujur mengatakan sering terputus makan selama dua atau tiga hari.

“Perubahan tiba-tiba itu indah sebenarnya. Tuhan tak mahu kami lupa d1ri. Terputus makan itu pernah dalam dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat perut,” jelasnya.

Ibunya, Norashikin Mohamad Aziz atau Nouryl juga meluahkan isi hati berkait dengan tahap kesihatan anaknya.

“Orang tak nampak benda itu. Yang orang nampak Puteri sudah okay. Orang nampak Puteri berlakon dan fikir dia sudah okay,” jelasnya.

Dahulu hidupnya dipuja…Puteri Balqis, dia juga insan yang diduga. Saksikan Bersamamu, 12 Januari 2020, 6.30 petang di TV3.Anda boleh salurkan sumbangan kepada akaun Maybank 1627-7719-0105 (Maybank) Norashikin binti Mohamad Aziz (ibu).Hulurkan tangan, Ringankan beban.

Posted by Bersamamu tv3 on Monday, January 6, 2020

Sayu dan simpati dengan nasib kedua beranak ini, netizen men1ngg4lkan reaksi di ruang komen.

Sekadar imbasan, menurut laporan Astro Awani, pelakon cilik ini didakwa netizen mengidap peny4kit kronik pada peringkat awal dan sedang menjalani rawatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto : Facebook Bersamamu

sumber : Media Hiburan


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Terputus Makan Itu Pernah Dalam Dua Tiga Hari,” – Ikat Perut, Ini Cerita Puteri Balqis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*