“Terima Kasih Atas Sokongan” – Pencarian vokalis kedua Floor 88 Dapat Sambutan Hang4t!

Kumpulan Floor 88 mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghantar rakaman nyanyian menerusi hashtag #2ndvokalisfloor88.

Pemain keyboard, Eric Fuzi berkata, sambvtan sangat di luar jangkaan dan sejak semalam ribuan rakaman nyanyian diterima mereka.

“Untuk hari pertama (semalam), sebanyak 1,000 rakaman nyanyian diterima berserta hashtag #2ndvokalisfloor88. Namun, penyertaan rakaman dihantar hari ini didapati bertambah dan jumlah sebenar belum diperoleh lagi.

“Alhamdulillah, dengan sambvtan diterima. Semoga pencarian Floor 88 untuk penyanyi gantian Ayie dipermudahkan dan lancar,” katanya.

Semalam, Floor 88 menerusi Instagram berkongsi berita pencarian penyanyi gantian untuk Ayie yang perlu direhatkan seketika.

Kumpulan popular dengan lagu Zalikha, Aqilah dan Hutang itu menerima t4mparan hebat apabila Ayie dis4hkan mengalami masalah peti suara atau vokal koy4k yang memerlukan dia berehat selama tiga minggu.

Antara kriteria bakat dicari Floor 88 ialah boleh menyanyi dengan baik, berperwatakan menarik, sopan-santun serta pandai mengambil hati.

Mereka yang berminat juga perlu berusia 18 hingga 25 tahun dan terbuka untuk lelaki dan perempuan serta mesti tidak merok0k, mengambil d4dah serta m1numan ker4s.

Justeru, setiap individu berminat boleh menghantar rakaman nyanyian lagu Floor 88 di Instagram berserta dengan hashtag #2ndvokalisfloor88.

Eric berkata, penghantaran rakaman penyertaan masih dibuka dan Floor 88 akan mengumumkan keputusan muktamad secepat mungkin.

Katanya, penyanyi gantian untuk Ayie harus ditemui segera memandangkan Floor 88 tidak putus menerima undangan persembahan.

“Calon bertuah yang dipilih itu nanti pasti diserapkan sebagai penyanyi solo dan muncul dengan lagu send1ri,” katanya.

Pada 14 Januari lalu, Ayie tiba-tiba reb4h ketika menyanyikan lagu Aqilah dalam Konsert Gempak NEGERI fm di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

View this post on Instagram

Kami Floor88 ingin memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert Gempak @negerifm . Kami akan update progress penuh tentang kesihatan @ayieelhamf88 . Terima kasih pada yg hadir dan tidak putus mendoakan kesihatan @ayieelhamf88

A post shared by Floor 88 (@floor88band) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Harian Metro


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Terima Kasih Atas Sokongan” – Pencarian vokalis kedua Floor 88 Dapat Sambutan Hang4t!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*