Serai Dijadikan Penyedut Minuman? Ini Reaksi Netizen

Demi menyelamatkan hidupan marin, beberapa kempen seperti tidak menggunakan penyedut minuman plastik dan plastik telah pun dijalankan. Terbaru, cadangan penggunaan serai dijadikan penyedut minuman telah meraih perhatian ramai.

Semalam menerusi laporan Harian Metro, cadangan menggantikan penggunaan penyedut minuman plastik kepada serai ini dikemukakan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Foto sekadar hiasan / Sumber: changkrankhmer

Menurut pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa, serai buluh adalah jenis yang paling sesuai digunakan sebagai penyedut minuman. Tambahnya lagi hanya bahagian luar serai digunapakai dan bahagian dalamnya dijadikan bahan masakan. Ini adalah salah satu inisiatif sebagai mengurangkan penggunaan plastik.

Foto sekadar hiasan / Sumber: changkrankhmer

Walaubagaimnapun di laman sosial media rata-rata netizen meluahkan pendapat mereka mengenai serai dijadikan penyedut minuman ini. Berikut antaranya:

“Baik minum terus ja dari cawan”

serai jadi straw

“Korang gelak2 sekarang. Tahun depan straw serai ni akan mula dipakai di US. Pencipta straw serai jadi bilionaire. Wallet kita masih macam dulu. Ada RM100 je nak jimat sampai hujung bulan”

serai jadi straw 1

“Lagi bagus pakai batang betik boleh simpan lama”

serai jadi straw 2

“Sebenarnya idea ni tak lah terlalu bodoh. Dah ada negara luar yang guna straw serai untuk ganti straw plastik. Bukan idea baru…”

serai jadi straw 3

Wow, satu inisiatif yang rasanya cukup menarik. Biarpun di negara lain ada yang sudah menggunakan kaedah ini, tak salah jika rakyat Malaysia turut menggunakan serai sebagai penyedut minuman. Go green!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Harian Metro / Twitter


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Serai Dijadikan Penyedut Minuman? Ini Reaksi Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*