Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-9, Irwansyah Bawa Isteri Ke Tanah Suci

Pelakon popular Indonesia, Irwansyah membawa isteri tercinta, Zaskia Sungkar ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
 
Irwansyah berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
 
Istimewanya kali ini, pasangan ini berangkat ke Tanah Suci bersempena dengan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.
 
Posting itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan wajahnya bersama isteri yang sedang tersenyum manis.

“Alhamdulillah, dapat melakukan umrah lagi bersama dengan isteri tercinta yang kali ini dengan tarikh istimewa iaitu ulang tahun perkahwinan kita yang kesembilan,” tulisnya.

View this post on Instagram

Alhamdulillah bisa berangkat umroh lagi sm istri tercinta yg bertepatan dengan hari jadi kita yg ke 9 Semoga Allah melindungi kita dan semua yg meng aminkan

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan baik Zaskia iaitu pelakon Laudya Cynthia Bella juga turut menitipkan ucapan buat pasangan berkenaan.
laudyacynthiabella
 
“My lops! @zaskiasungkar15 @irwansyah_15 selamat menunaikan ibadah ya. Doakan saya juga Wan. Supaya dapat menjadi tetamu Allah lagi. Teringin mahu ke sana lagi,” tulisnya.

Terdahulu, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.
 
Bagaimanapun pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-9, Irwansyah Bawa Isteri Ke Tanah Suci"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*