Sekian Lama Berehat, Elfira Loy Bersedia Untuk Kembali Aktif

Pelakon dan pengacara Elfira Loy berat hati mahu men1ngg4lkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf di rumah untuk keluar bekerja.

Kata Elfira, dia sudah terbiasa kerana sejak lahir, dia yang menguruskan anaknya di rumah.“Saya rasa lebih ‘selfish’ sekarang ni. Saya berat hati nak pergi bekerja sebab selepas sembilan bulan saya hamilkan Rayyan, saya yang menguruskannya send1ri.

“Itu adalah masa yang terbaik apabila kami dapat menghabiskan masa bersama di rumah, sepenuhnya dijaga oleh saya.

“Rayyan juga yang didik saya dari segi masa. Dia yang atur supaya lebih tersusun dan menepati supaya semuanya berjalan dengan baik,” katanya kepada Gempak.

Elfira ditemui ketika majlis pembukaan awal outlet Sephora Fahrenheit88 di Bukit Bintang pada Jumaat lalu.

Walaubagaimanapun, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri mendedahkan d1rinya sudah bersedia untuk kembali aktif dalam inudstri seni.

“Sebenarnya saya tak nak lama berehat… Sampai bila kan. Mula dari kahwin lepastu mengandung dan dah dapat anak. 

“Tahun ini memang dah bersedia untuk kembali aktif di industri seni. Saya sedang menanti apa-apa tawaran yang berbaloi untuk dilakukan.

“Saya tak kisah sama ada tawaran yang datang itu untuk berlakon ataupun mengacara,” katanya lagi.

Dibuka mulai 18 Januari, Sephora Fahrenheit88 merupakan pusat kecantikan terbesar di Malaysia yang membawa pelbagai jenis jenama besar dari seluruh dunia. 

View this post on Instagram

We are celebrating the grand opening of Sephora Fahrenheit88 with amazing performances from Sephora Beauty Float, aerialist and more during the exclusive event! 💃 Beauties, get ready for the Largest Beauty Playground coming to you in less than 10 hours! 🎉 See you there on 18 Jan at 12pm! #SephoraF88

A post shared by Sephora Malaysia (@sephoramy) on

Selain Elfira, antara selebriti lain yang turut sama hadir adalah Ain Edruce, Kilafairy, Scha Alyahya, Dynas Mokhtar, Ika Nabila dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sekian Lama Berehat, Elfira Loy Bersedia Untuk Kembali Aktif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*