“Saya Tak T4kut, Akan Terima Apa Yang Ditugaskan” – Khai Bahar Sedia Belajar Dengan Ogy

Penyanyi popular, Khai Bahar bersedia untuk menerima tunjuk ajar dari seniwati berbakat Fauziah Ahmad Daud atau Ogy sempena Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia yang akan diadakan pada Mac ini.

Konsert tersebut dianjurkan oleh Ogy Ventures & Network Sdn Bhd milik Ogy dimana dia send1ri akan ‘turun padang’ ketika sesi latihan.

Menurut Khai, meskipun mengetahui Ogy merupakan seorang yang tegas, dia tidak t4kut dan bersedia sepenuhnya untuk belajar.

“Meskipun mengetahui Kak Ogy seorang yang tegas, tetapi saya tak t4kut untuk belajar dengannya kerana saya mahu keluar dari kebiasaan saya.

“Saya akan terima apa yang ditugaskan secara positif, saya percaya apa yang Kak Ogy lakukan adalah untuk kebaikan saya juga.

“Jika Kak Ogy tak bersikap tegas, agak sukar untuk saya menemui di mana kesilapan saya,” jelasnya.

Khai berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur petang semalam.

Dalam pada itu, Khai menganggap konsert tersebut bagai mimipi jadi kenyataan.

“Setiap penyanyi mempunyai impian untuk adakan konsert di Istana Budaya, saya tak dapat gambarkan kegembiraan apabila perkara ini jadi kenyataan.

“Sesiapa sahaja berhak untuk mendapat peluang sebegini, saya anggap ia satu rezeki untuk d1ri saya,” tambahnya.

Konsert berdurasi hampir 2 jam itu akan berlangsung di Istana Budaya pada 27 dan 28 Mac 2019 bermula jam 8.30 malam.

Pembelian tiket boleh dibuat mulai hari ini menerusi www.airasiaredtix.com bermula pada harga RM86, RM116, RM236, RM276, RM296, RM366, RM446 dan RM556 (Gold).

Mereka yang membeli tiket pada harga RM556 akan berpeluang untuk berjumpa dengan Khai selepas konsert.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Tak T4kut, Akan Terima Apa Yang Ditugaskan” – Khai Bahar Sedia Belajar Dengan Ogy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*