”Saya Tak Kisah Orang Kata Dia Gedik Ke Apa…”- Suami Terpikat Kerana Kelembutan Elly Mazlein

Suami kepada penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, Mohammad Azlan Che Noh akui terpikat dengan pasangannya kerana kelembvtannya.

Malah, Azlan atau dikenali dengan panggilan Papa Awan Nano berkata dia bertuah kerana memiliki Elly.

“Kelembvtannya buat saya tertarik. Dalam televisyen orang hanya lihat kar4kter dia berbeza dari sebenar sebab itu saya tak kisah kalau orang nak kata dia gedik ke apa.

“Alhamdulilah saya bertuah memilikinya kerana kelembvtan yang ada pada d1rinya,” katanya selepas diijabkabulkan semalam.

 Sementara itu, Azlan yang juga merupakan seorang guru itu memberitahu dia tidak menghalang Elly untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon selepas ini.

“Kami sudah berbincang dan saya amat memahami dengan kerjayanya sebagai pelakon.

“Saya yakin dan percaya dia tahu menjaga batasnya sebagai seorang isteri kepada saya. Malah sebelum ini pun dia sudah mampu menjaga batas d1rinya,” katanya lagi.

Pasangan ini merancang untuk mendapatkan zuriat secepat mungkin serta bakal berbulan madu ke London pada Mac ini.

Terdahulu, Azlan mengikat tali pertunangan dengan Elly pada 17 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "”Saya Tak Kisah Orang Kata Dia Gedik Ke Apa…”- Suami Terpikat Kerana Kelembutan Elly Mazlein"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*