Sasha Saidin akhiri zaman janda, pilih duda anak dua sebagai teman hidup

SELEPAS lapan tahun menjanda, pelakon Sasha Saidin sah bergelar isteri kepada Sirhan Wahab dengan sekali lafaz di The Sanctuary@Melawati, Kuala Lumpur pada malam, Isnin.

Sasha, 43, dinikahkan oleh adiknya yang juga pelakon Zain Saidin, 36, kira-kira pukul 9.29 malam.

Pengantin perempuan menerima RM1,000 sebagai mas kahwin beserta lima berbalas tiga dulang hantaran.

Selain itu Sasha juga menerima wang hantaran berjumlah RM10,000.

Majlis pernikahan itu diadakan secara sederhana dengan dihad1ri kira-kira 250 jemputan yang terd1ri daripada keluarga, rakan terdekat dan media.

Sasha dan Sirhan dinikahkan oleh adiknya, Zain Saidin.

Pada majlis yang penuh bermakna ini kakak kepada pelakon Zain Saidin itu memilih persalinan rekaan Yann Creation By Yani Bakhtiar dan ditata rias oleh Wira Kastrya.

Selepas berkahwin, Sasha akan mengikut suaminya yang juga duda anak dua itu berhijrah ke sebuah negara di Asia Barat.

Sebelum ini, Sasha merahsiakan identiti jejaka pilihan hatinya itu bagi menghorm4ti kehidupan peribadi Sirhan yang tidak biasa dengan dunia hiburan.

Pasangan mempelai bersama anggota kumpulan Elite. 

Sasha pernah mend1rikan rumah tangga dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner pada 21 Jun 2003 di London namun bercer4i empat tahun selepas itu.

Kemudian, Sasha berkahwin dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono yang berasal dari Indonesia pada 2007 namun berpisah tal4k satu pada 10 Julai 2012.

Bekas anggota kumpulan Elite itu mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 11 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sasha Saidin akhiri zaman janda, pilih duda anak dua sebagai teman hidup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*