“Pelakon Tak Ada Gaji Tetap ..” – Riena Diana

Pelakon Riena Diana akui pernah terfikir sekiranya dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon suatu hari nanti.

Justeru dia memilih untuk menjalankan perniagaan dalam masa yang sama sebagai ‘back up’.

“Saya pernah terfikir andai kata suatu hari nanti dah tak ada tawaran berlakon.

“Sebab tu saya jalankan perniagaan Mariposa sebagai ‘back up’. Tapi tulah perniagaan pun ada naik turun juga.

“Kita tak boleh jangka apa yang akan jadi nanti. Mana tahu bukan rezeki saya untuk bertahan lama dalam industri seni ini,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Qamarina Diana Zulreal menekankan betapa pentingnya untuk mempunyai simpanan masa depan.

“Sebenarnya penting untuk ada simpanan. Terutamanya seorang pelakon sebab tak ada gaji tetap berbanding yang bergaji setiap bulan.

“Macam saya akan bahagikan duit mengikut keperluan dan kehendak.

“Saya ni dah la ‘shopaholic’. Masa awal berlakon dulu lagi la pantang dapat duit saya akan habiskan.

“Sekarang ni dah ada kesedaran. Saya akan tanya dekat d1ri dulu sama ada penting atau tidak,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto : Instagram Riena Diana

sumber : Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Pelakon Tak Ada Gaji Tetap ..” – Riena Diana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*