“Masing-Masing Cuba Betulkan Perhubungan Tapi ..” – Sharnaaz Ahmad

Pelakon Sharnaaz Ahmad menafikan dakw4an kononnya dia tidak cuba menyelamatkan rumah tangga yang dibina bersama isteri, Noor Nabila Mohd Noor.

Terdahulu, Nabila menyatakan dia tidak nampak usaha Sharnaaz untuk memulihkan hubungan mereka.

 “Usaha untuk berbaik sangat subjektif. Apabila terjadi sebegini kita buat benda baik pun takkan nampak. 

“Sebenarnya usaha itu ada. Daripada pihak saya, begitu juga dengan dia. Masing-masing cuba betulkan perhubungan tapi entahlah.

“Kalau tiada usaha, macam mana saya boleh sambut Aidilfitri bersama.

“Alih-alih pada bulan Ogos, iaitu pada hari kelahiran saya dan Jebat, saya menerima surat permohonan cer4i dari Nabila.

“Ketika itu, menitik juga air mata dan apa yang saya fikirkan hanyalah anak, Jebat Jayden Ahmad.

“Keadaan yang sudah jadi baik bertukar sebaliknya dan saya sangat terkejut,” katanya kepada Gempak.

Sharnaaz ditemui di lokasi penggambaran filem Polis Evo 3 di Jalan Ampang.

Tambah pelakon filem Polis Evo 3 itu lagi, Sharnaaz mended4hkan kem3lut yang terjadi bukanlah berpunca daripada kesalahan besar.

“Saya hormat apa yang berlaku hari ini tapi bukan disebabkan saya.

“Mungkin ada kesalahan tapi ia hanyalah masalah kecil yang boleh dimaafkan.

“Biasalah, saya baru kali pertama menjadi bapa. Mungkin ada salah tapi saya perbaiki dan tidak mengulanginya lagi. 

“Namun, jika kesalahan lama diungkit berkali-kali, itu tidak adil,” katanya lagi.

Pada 6 November 2019, mahk4mah memerintah melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung kes percer4ian pasangan tersebut selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik.

Menerusi proses terbabit, mahk4mah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Pihak Sharnaaz melantik salah seorang rakan baiknya, manakala Nabila memilih bapa t1rinya menjadi hakam.

Namun begitu, keputusan laporan hakam yang berlangsung di Mah4mah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sebentar tadi gagal menemui kesepakatan untuk mencapai persetujuan.

Mengikut Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, sekiranya kedua-dua hakam tidak bersepakat, maka hakam tersebut digugurkan oleh mahk4mah.

Hakim juga telah menetapkan 27 Februari 2020 untuk melantik hakam yang baru yang mempunyai kuasa untuk melafazkan cer4i bagi pihak suami.

Sharnaaz dan Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Masing-Masing Cuba Betulkan Perhubungan Tapi ..” – Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*